Zahid Minta Mukhriz Istiqamah Dalam Perjuangan Parti.

in Berita Nasional by

Perjalanan politik seorang pemimpin ada naik dan turun,adakalanya dengan perbezaan pendapat seorang ahli politik berpegang kepada kepercayaan apa yang beliau percaya hingga tidak mempedulikan kedudukan dan pangkat.

Begitulah yang terjadinya keatas Ds Zahid Hamidi,beliau bukan saja pernah dipenjara malah hilang segalanya,namun atas istiqamah beliau dan percaya hanya Umno sebagai wadah perjuangan beliau masih bersama Umno bukan saja menjadi ahli Umno malah beliau adalah orang Umno.

Nasihat Ds Zahid kepada Mukhriz agar istiqamah dalam perjuangan parti banyak kesannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke depan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah.

“Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada 1998. Disebabkan saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini,”  katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di Beijing hari ini bagi mengulas pelantikan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai menteri besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

“Sebagai seorang ahli politik …kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya,” tegasnya.

Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.

“Kita tahu apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai timbalan menteri pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.

“Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita,” katanya.

Zahid berkata sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik – Bernama

It's only fair to share...

Leave a Reply

Your email address will not be published.