Home / Rencana / Yuktes Bakal Dedahkan Perlakuan Anwar Di Penjara Dengan Seorang Anak Muda.

Yuktes Bakal Dedahkan Perlakuan Anwar Di Penjara Dengan Seorang Anak Muda.

yuktes

Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mengakui telah menemui bekas rakan sepenjara Ketua Umum PKR itu ketika sama-sama merengkok di penjara Sungai Buloh.

“Saya bertemu bekas rakan sepenjara Anwar dari Sungai Buloh..dia berusia lewat 20-an .. dia banyak berkongsi cerita-cerita tentang Anwar.

“(Saya akan tulis dalam) artikel seterusnya tidak lama lagi,” kata Yuktes dalam twitternya semalam.

Pada 2 November 1998, Anwar telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan salah laku rasuah di mana telah mengambil masa perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya serta dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Sungai Buloh.

Ketika masih berada di penjara, Anwar sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 7 Jun 1999, kali ini dibicarakan bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.

Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Namun, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari penjara Sungai Buloh setelah berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dianggap pengamal undang-undang dan penulis Barat sebagai ‘bebas secara teknikal.”-AIDC

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top