Home / Berita Utama / Berita Nasional / “YA, 10 perwira gugur, ALLAH gantikan ribuan lagi wira menentang kemungkaran pengganas.”

“YA, 10 perwira gugur, ALLAH gantikan ribuan lagi wira menentang kemungkaran pengganas.”

pencerobohan-lahad-datu-terkini
Tahukah anda semenjak berlakunya pertempuran di lahad Datu 10 orang perwira kita sudah terkorban..
“YA, 10 perwira gugur, ALLAH gantikan ribuan lagi wira menentang kemungkaran pengganas.”
Demikian kata seorang askar yang baru pulang dari melaksanakan Ops Daulat di Kampung Tanjung Batu, kelmarin.
Kata-kata itu terpacul selepas saya memberi kata semangat: “Abang, selamat berjuang dan jangan meratapi pemergian 10 perwira negara.”
Dilihat pada raut wajahnya, ternyata menggambarkan semangat semua pejuang yang sedang bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara.
“Doakan kami selamat dan pengganas dapat dihapuskan,” kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman kepada saya.
Jujur saya katakan di sini, muka perajurit yang berasal dari Kelantan itu kelihatan penat tetapi dia masih mampu untuk melemparkan senyuman walaupun mengetahui saya seorang wartawan.
Sepanjang 12 hari saya bertugas membuat liputan di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, itu merupakan kali pertama dapat berbual dengan pejuang negara.
“Saya berada di sini lebih sebulan. Lagi dua bulan kami akan digantikan dengan batalion lain,” katanya.
Biarpun hanya mengambil masa kurang 10 minit dan hanya secara kebetulan bertemu di sebuah kedai runcit tetapi perbualan itu sungguh bermakna buat saya.
Perajurit itu juga sempat bertanya soalan kepada saya bagi mengakhiri perbualan; “Seronok jadi wartawan?”
Saya membalas; “Seronok dan mencabar tetapi tidak setanding cabaran polis dan tentera.”
Di akhir perbualan, kami bersalaman dan saya sempat menyampaikan kiriman salam daripada ayah buat pejuang-pejuang negara.
“Alaikum salam. Moga selamat semuanya,” kata wira itu sebelum melangkah pergi.
SUMBER: Sinar Harian

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top