Home / Berita Utama / Berita Nasional / Walau Bertanding Atas Tiket PAS,DAP Tetap Tolak Perjuangan PAS.

Walau Bertanding Atas Tiket PAS,DAP Tetap Tolak Perjuangan PAS.

PAS mengalu alukan ultrakiasu rasis chauvanis DAP untuk bertanding dibawah nama PAS,kononnya jika DAP bertanding dibawah bendera PAS ia adalah kejayaan dakwah PAS kepada DAP.

Apa jenis dakwah yang PAS berikan kepada DAP? Adakah dakwah PAS berjaya memberi lesen besar kepada DAP untuk perlekehkan nama Allah?

Adakah dakwah PAS kepada DAP memberi lesen kepada chauvanis ultrakiasu ini melacurkan Alquran?  PAS berlagak jaguh dihadapan ahli dan penyokong mereka,sebenarnya mereka cukup takut kepada DAP.Masakan tidak kesemua tuntutan PAS didalam pakatan disanggah sepenuhnya oleh DAP.

Tak hairanlah jika DAP secara terbuka menolak perjuangan dan dasar PAS dan dalam masa yang sama mahukan PAS ikut intipati perjuangan Malaysian Malaysia hingga diterjermahkan kepada perjuangan negara berkebajikan.

PRU13 nanti poster dan banner di seluruh negara sudah pasti akan menampilkan wajah Guan Eng,Kit Siang dan Karpal sebagai calon PAS.Nik Aziz dan Hadi telah berfatwa mengundi DAP sama seperti mengundi PAS maka mereka sudah pasti akan diberikan syurga kerana tahaluf siyasi PAS DAP menyatukan perjuangan untuk ke Putrajaya.

3 ekor banjingan ini terang terangan amat anti kepada perjuangan PAS tetapi apakan daya PAS tidak dapat buang perangai gedik dan terhegeh hegeh bagaikan bohsia mengimpikan belaian mat rempit.

dap 1

DAP mesti mengiktiraf aspirasi perjuangan Pas yang termaktub dalam perlembagaan parti itu terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran menggunakan lambang parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, perkara pokok Perlembagaan Pas digariskan dalam Fasal 3 iaitu dasar parti ialah Islam dan Fasal 4 iaitu seruannya ialah ‘Allahu akbar’.

Menurut beliau, calon-calon DAP hendaklah akur dengan Fasal 5 (1) Perlembagaan Pas iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT”.

Jelasnya, DAP juga perlu mematuhi Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas yang menggariskan hukum tertinggi dalam pegangan Pas adalah al-Quran, sunah, ijmak ulama dan qiyas.

“Saya setuju apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyatakan calon DAP boleh guna lambang Pas dengan syarat minta kebenaran dahulu.

“Dalam masa sama, Pas juga sepatutnya meletakkan syarat-syarat tambahan iaitu DAP mesti mengiktiraf empat fasal penting tersebut dalam perlembagaan parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 sebagai kejayaan beliau mendidik pemimpin parti tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam akaun Twitternya baru-baru ini, menyuarakan hasrat bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP yang kini disiasat ekoran dakwaan berlaku kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember lalu.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak perlu meletakkan sebarang syarat kepada mana-mana calon DAP yang ingin menggunakan lambang ‘bulan’ dalam PRU-13.

“Itu tanda keikhlasan Pas kepada rakan-rakan di dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan tindakan Pas membenarkan calon DAP menggunakan lambang ‘bulan’ tidak merugikan Pas dan tidak menjejaskan dasar perjuangan parti itu.- Utusan

Pisau kata “2 pemimpin kanan PAS dah tengok dokumen sulit eksklusif yang bakal meletup selepas ini,tunggu bubar parlimen..kalau degil takmau dengar cakap…5 kali PRU pun tak habis nak jawap isu panas nih!”

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top