Laporan berita mengenai Raja Bomoh Sedunia tidak pernah disiarkan di Korea Utara seperti mana disebarkan menerusi media sosial.

Rakaman yang menunjukkan bagaimana Ibrahim Mat Zin bersama pembantunya cuba melindundi negara dari serangan Korea Utara dan dikatakan disiarkan menerusi siaran berita negara itu didapati palsu.

“Apa yang diperkatakan pembaca berita itu tiada kaitan dengan perlakuan bomoh itu, penyampai wanita itu sebenarnya sedang melaporkan mengenai pelancaran Kwangmyongsong-3 pada 10 Disember,” kata warga Korea Selatan kepada Star Online pada Rabu.

Kwangmyongsong-3 adalah satelit pemantau bumi milik Korea Utara.

Pemeriksaan dengan beberapa individu lain yang fasih berbahasa Korea juga mengesahkan penyampai berita itu sedang bercakap mengenai pelancaran satelit itu.

Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP baru-baru ini merakamkan video berdurasi tiga minit yang memaparkan usahanya untuk melindungi malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Video yang menjadi tular itu menunjukkan bagaimana Ibrahim bersama tiga pembantunya berada di pantai negara ini menggunakan dua kelapa, teropong, lima buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

Ibrahim juga melakukan perkara hampir sama di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada Mac 2014, Ibrahim melakukan perkara sama susulan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 di KLIA.

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons