Home / Berita Utama / Berita Nasional / Usaha Terancang Penghapusan Melayu-Islam Di Malaysia

Usaha Terancang Penghapusan Melayu-Islam Di Malaysia

Dzulkarnain Taib (DT) ditanya soalan khusus tentang tsunami Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Parasit. Mereka datang ke tempat itu, seperti pokok, parasit yang hidup mengakar akhirnya membunuh teras itu. Bangsa itu adalah bangsa parasit dan invensif

“Saya risau kalau orang Melayu PKR dan Pas ini terus-menerus dengan kejumudan pemikiran mereka, negara ini suatu hari nanti akan tergadai jika sekiranya mereka berkuasa,” katanya yang juga bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan (SK).

Menurutnya tsunami Cina yang berlaku pada PRU 13, bukan suatu kebetulan atau tertarik dengan perlbagai janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ianya satu perancangan yang sudah disusun rapi sejak sekian lama.

“Tsunami Cina pada PRU Ke 13 bukanlah satu kebetulan tetapi satu perancangan yang tersusun rapi. Mereka akan mencuba nasib sekali lagi pada PRU 14.

“Sekiranya bangsa Melayu masih tidak sedar, alpa, lalai, lupa dan mahu meletakkan pemikiran mereka dalam golongan orang-orang yang jahil serta tidak mahu berfikir tentang masa depan anak cucu bangsa Melayu di bumi ini, saya rasa bangsa Melayu di Malaysia akan pupus seperti mana Melayu pupus di Champa, Siam, Funan dan Burma.

“Melayu akan pupus. Itu perancangan mereka,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai.

Ikutilah wawancara bahagian akhir AIDC bersama DT.

AIDC : Bercakap tentang korupsi, apakah ia tidak berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan?

Itulah sikap double-standard, apabila berjaya menawan Selangor pada 2008, Menteri Besar, Khalid Ibrahim kata akan membongkar semua fail-fail yang membuktikan salah laku pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang 50 tahun pentadbiran di Selangor.

Kita lihat dari 2008 hingga 2013, hanya satu sahaja kes yang dikemukakan iaitu istana Bali Dr. Khir Toyo. Itu sahaja.

Mengenai isu kecurian pasir, berdegar-degar mereka canang tentang penubuhan SELCAT. Panggil orang tu, panggil orang ni, macam-macam kononnya nak menyiasat sampai ke lubang cacing siapa yang mencuri pasir. Akhirnya apabila diketahui yang mencuri pasir itu orang mereka sendiri, SELCAT entah ke mana.

Ini sikap double-standard yang rakyat sudah tahu.

AIDC : Saudara katakan tadi PKR tiada agenda Melayu-Islam, boleh jelaskan lanjut ?

Sebab seperti saya katakan tadi, tidak ada agenda Islam dibincangkan di peringkat tertinggi. Sepanjang konvensyen yang diadakan setiap tahun, apa program PKR ke arah mempertahankan Artikel 152 dan 153?

Mereka hanya menyerang UMNO sahaja. Itu sahaja agenda mereka. Sebab itu kita nak melihat apa programnya untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada sekarang. Jawapannya, tidak ada.

Sebab itulah mereka menolak agama, menolak Islam. Walaupun mereka kata mereka tidak menolak Islam, tetapi bagaimana Islam boleh hidup seiringan dengan fahaman pluralisme, LGBT, kesamarataan agama. Macam mana Islam boleh duduk setaraf dengan fahaman-fahaman itu.

Sebab itu saya katakan PKR ini anti-Islam.

AIDC : Adakah PKR parti sekular?

Saya rasa lebih teruk daripada sekular lagi.

Lebih teruk. Sekular itu hanya menolak agama mencampuri ruang lingkup pentadbiran negara. Sebab, bagi mereka yang sekularis itu, agama adalah hak peribadi. Kau nak jadi Islam ke, Buddha ke, nak kahwin dengan Islam ke, itu hak individu.

Tapi kalau PKR itu, saya katakan lebih teruk daripada sekularis. Sebab mereka membawa satu ancaman. Dasar-dasarnya itu membawa ancaman kepada kepentingan umat Melayu-Islam, sebab itulah mereka dikatakan anti-Islam.

AIDC : Maksudnya di situlah persamaan di antara PKR dengan DAP, dari segi elemen sosialis dan menolak Islam ?

Sebab itulah kita tengok dalam Pakatan pembangkang, yang Islam itu hanya Pas sahaja. PKR, diserapi elemen sosialisme, begitu juga dengan DAP dan PSM.

Jadi, perjuangan Islam Pas itu pun sudah dicairkan dengan fahaman sosialisme yang begitu mengakar di dalam Pakatan Pembangkang.

Pas sedar dan tahu kerana dalam Pas itu juga mungkin ada golongan ‘Anwarinas’. Golongan inilah yang akan memastikan agenda Anwarinas dalam Pas dapat dilaksanakan.

AIDC : Seperti yang saudara katakan tadi elemen sosialis adalah menentang kapitalis, tetapi saya tak nampak Anwar menentang kapitalis?

Sebab itu saya katakan mereka ini sebenarnya hipokrit. Mereka cuba bawa fahaman sosialisme tetapi pada masa sama, mereka lebih berlagak daripada kapitalis itu sendiri dengan mengumpul harta benda, projek sana projek sini, nepotisme dan kronisme.

Jadi, mereka hanya ‘menggunakan’ sosialisme itu. Apabila sudah pegang kuasa, jawatan dan terdapat peluang-peluang untuk mengkayakan diri dan keluarga, sebagai manusia, mereka lakukan juga. Itu pun berlaku di China dan Russia. Pemimpin-pemimpin mereka memang hidup mewah.

Bermakna ideologi itu hanya untuk menarik sokongan. Hanya kuda tunggangan mereka untuk menipu rakyat. Akhirnya rakyat juga yang tertipu.

AIDC : Apa komen saudara tentang Tsunami Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?

Bagi sayalah, pengundi Cina ini adalah bangsa pendatang. Inilah bumi kita. Bumi tanah tumpah darah kita. Kita akan memperjuangkan hingga ke titisan darah yang terakhir.

Tetapi, mentaliti orang pendatang ini terutamanya bangsa Cina yang dulunya tok nenek mereka hidup susah. Datang daripada Xinjiang dan sebagainya di bawah pentadbiran Dinasti Qing yang zalim, yang menindas mereka. Jadi, pandangan dunia mereka itu berbeza. Jiwa mereka berbeza dengan jiwa Melayu.

Bangsa Melayu ini bangsa yang tidak pernah menjajah. Namakan negara mana yang kita pernah jajah? Tapi China, dia menjajah sampai ke Tibet. Tibet itu bukannya China tapi mereka kata China.

Vietnam pun, Champa, Thailand…semuanya bumi Melayu tu. Tetapi bangsa daripada Xinjiang itu, mereka sudah bergaduh, mereka turun ke Vietnam Utara, mereka bunuh penduduk Melayu. Penghapusan etnik berterusan sehingga seluruh Champa, kemudian jadi Anam, akhirnya jadi Vietnam.

Kemudian berlaku kepupusan bangsa Melayu di Kampuchea. Apa jadi dengan Melayu? Melayu di Vietnam, 40,000 orang saja tinggal kalau hidup mungkin 100 juta lebih sekarang ni. Apa yang berlaku di Thailand? Thai ialah China, Siam dan Melayu. Dia adalah bangsa invensif.

AIDC : Maksudnya?

Parasit. Mereka datang ke tempat itu, seperti pokok, parasit yang hidup mengakar akhirnya membunuh teras itu. Bangsa itu adalah bangsa parasit dan invensif.

Begitu juga apa yang dilakukan di Tanah Melayu ini. Kalau orang Melayu ini mempunyai pemahaman sejarah yang mendalam sedikit, saya rasa mereka boleh membaca agenda Cina DAP ini.

Tetapi mereka gagal disebabkan lebih tertarik dengan fahaman liberalisme, pluralisme hingga mereka menganggap bahawa sejarah lampau itu tidak mempunyai kaitan dengan apa yang akan berlaku di bumi mereka sendiri.

Saya risau kalau orang Melayu PKR dan Pas ini terus-menerus dengan kejumudan pemikiran mereka, negara ini suatu hari nanti akan tergadai jika sekiranya mereka berkuasa.

Sebab itulah apabila berlakunya ‘tsunami Cina’, pada saya, ianya bukanlah satu kebetulan ataupun pengundi-pengundi Cina itu termakan hasutan atau dakyah atau janji Anwar Ibrahim bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih (kerajaan).

Tetapi ianya adalah satu perancangan yang terperinci, tersusun dan dilakukan secara sedar.

AIDC : Tsunami Cina yang tersusun dan dilakukan secara sedar ?

Tsunami Cina pada PRU Ke 13 bukanlah satu kebetulan tetapi satu perancangan yang tersusun rapi. Mereka akan mencuba nasib sekali lagi pada PRU 14.

Sekiranya bangsa Melayu masih tidak sedar, alpa, lalai, lupa dan mahu meletakkan pemikiran mereka dalam golongan orang-orang yang jahil serta tidak mahu berfikir tentang masa depan anak cucu bangsa Melayu di bumi ini, saya rasa bangsa Melayu di Malaysia akan pupus seperti mana Melayu pupus di Champa, Siam, Funan dan Burma.

Melayu akan pupus. Itu perancangan mereka.

Sebab itulah saya nak buat satu program dengan beberapa kawan penyelidik bangsa Melayu dan buku akan diterbitkan sedikit masa lagi tentang asal-usul Melayu ini.

Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries”.

Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura.

Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara.

Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.

Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu.

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang telah dicipta oleh Allah sebagai satu bangsa yang hebat. Sebab itulah dicemburui. Apabila Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Funan, Vietnam..semua Wilayah Nusantara ini telah menerima kemasukan Islam.

Islam datang ke Nusantara, pada masa itu di peringkat akhir Perang Salib.

AIDC : Selepas itu ?

Pemuka-pemuka Perang Salib, selepas Timur Tengah, plan mereka adalah menuju ke kawasan Timur jauh iaitu di kawasan Nusantara. Tapi mereka amat kecewa apabila mendapati bahawa rantau ini sudah menerima Islam.

Sebab itulah, salah satu agenda penjajah Portugis, Belanda terutamanya British adalah mencampurkan bangsa Melayu dahulunya hampir seratus peratus berada di Nusantara ini, dicampur gaul dengan bangsa Cina dan India.

Supaya Nusantara ini bukan lagi didominasi yang beragama Islam. Yang beragama Hindu, beragama Buddha dan beragama Kristian akan mencairkan keislaman orang-orang Melayu di kawasan Nusantara ini.

Inilah yang berlaku semasa penjajahan British, beratus-ratus ribu golongan Cina dan India dibawa secara percuma oleh British ke Malaya. Banduan juga dibawa ke Tanah Melayu.

Alasannya sebagai tenaga kerja tetapi yang tersirat adalah untuk mencairkan Melayu-Islam di negara ini.

DT : Sebab Saya Tolak Tawaran Anwar Jadi SU Akhbar…

Elemen Sosialisme, Liberalisme & Pluralisme Makin Mengakar Di Malaysia

 

sumber:AIDC

It's only fair to share...

About pisau

2 comments

  1. Orang Melayu, orang Asal/Asli dan kaum Bumiputera dan pribumi Sarawak dan Sabah WAJIB pertahankan negara ini daripada dikuasai dan diperintah oleh bangsa-bangsa asal-usul pendatang yang dibawa oleh penjajah-penjajah kolonial ke negara ini. Cukuplah apa yang berlaku di Singapork. Kita sudah buktikan di PRU13. Mereka ada paling banyak pun 50 kerusi parlimen sahaja. Kalau kita BERSATU, kita boleh musnahkan kaum-kaum parasit yang tidak sedar dek untung ini. Fikirkan masak-masak di hujung Ramadhan ini dan di pagi Syawal nanti.

  2. Adakah parti PAS juga tiada agenda melayu islam?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Sampai Masanya Politik Lalang & Hipokrasi PKR Ditalakkan – PAS Pulau Pinang

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang lantang terus terusan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets