Home / Berita Utama / Berita Nasional / Umno Bina Masjid Bukan Kerana Islam – Nik Aziz Khawarij!

Umno Bina Masjid Bukan Kerana Islam – Nik Aziz Khawarij!

20130408-035622.jpg

Setiap kali si tua kutuk ini buka mulut pasti akan jadi malapetaka,makin dekat PRU13 makin menjadi jadi,dia sekarang ini dah ambil alih tugas tuhan menentukan dosa pahala umat Islam.

Dia juga menentukan solat siapa yang diterima oleh Allah. Tuhan khawarij yang bernama Nik Aziz ini mencerminkan sebagai seorang Khawarij sejati.Ciri ciri khawarij dan asoibiah cukup menebal,apa saja didepan mata ditakwilkan dengan mengunakan hawa nafsu ,yang bodoh dan bangang akan ternganga terlopong terkesima bagaikan mendapat fatwa ..

Nik Aziz kata Umno bina masjid bukan kerana Islam,sebaliknya dituduh sebagai peluang membuat rasuah..

Patutlah di Kelantan,kerajaan khawarij PAS tak pernah bina walau satu masjid sekali pun.Adalah tidak mengejutkan di Kelantan paling banyak tokong dan wat dan mempunyai patung budha paling besar di Asia Tenggara. Satu pencapaian yang sukar digugat oleh mana mana kerajaan Islam di dunia ini.

KOTA BHARU 7 April – Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

“Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

“Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil ‘sambil menyelam sambil minum air’. UMNO pula ‘sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)’. Bukan setakat minum sahaja, makan besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.

Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.

“Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut,” katanya.

Pisau kata “Moga Allah panjangkan umur si tua haram jadah ni boleh dijadikan sempadan dan teladan ularmak akhir zaman”

About pisau

8 comments

  1. UMNO TIDAK PERNAH TOLAK ISLAM..ABAGAIMANA TOLAK ISLAM SEDANGKAN ORANG UMNO JUGAK MENGUCAP, SOLAT, PUASA, BERZAKAT DAN HAJI? YANG UMNO TOLAK DAN PATUT TOLAK IALAH PAS..PAS IALAH PARTI AJARAN SESAT DAN ISLAM IALAH AGAMA YANG SEBENAR.
    JANGAN TIPU DAN PUSING KELILING MENYAMAKAN PAS DENGAN ISLAM.

  2. Ini adalah gimik untuk mengalihkan perhatian daripada PAS yang sememangnya LANGSUNG TAK ADA membina walau sebuah masjid pun.

    Kalau ada pencacai PAS nak kata “Buat apa bina masjid banyak-banyak kalau yang datang tak sampai 1 saf?” Anda silap besar.

    Orang datang atau tidak itu bukan persoalannya. Persoalannya sebagai pemerintah yang “KONONNYA” memperjuangkan Islam PAS seharusnya menunjukkan contoh yang baik. Malah Baginda Rasulullah sendiri setibanya di Madinah, perkara pertama yang baginda lakukan adalah mendirikan sebuah masjid. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Quba. Sekiranya Pok Nicky tidak mahu membina masjid sebab ketiadaan makmum, setidak-tidaknya Pok Nicky harus membina sebuah masjid sebagai mengambil pendekatan yang dibuat oleh junjungan kita.

    Wallahuallam.

    http://mycybertrooper.net.ms/

  3. Kepada Nik Aziz

    Awak boleh cakap apa saja. Awak boleh buat fatwa apa saja. Awak boleh hukum apa saja.

    Sebagai orang atas pagar yang pro Umno, saya dan seluruh suku sakat saya tetap akan undi parti Umno pada PRU13 ini walau pun Hadi Awang kata kami kafir, walau pun Nik Aziz kata kami tak dapat pahala, walau pun Nik Aziz kata kami tak dapat masuk syurga .. hanya Umno yang kami nampak.

    Dan bukan kami sahaja, malah 95% orang atas pagar tidak lagi memandang Hadi Awang dan Nik Aziz sebagai ulamak pewaris nabi.

    Biar lah Nik Aziz berfatwa selagi dia masih bernyawa. Kepada pemimpin Umno dan para ulamak Umno, usah dilayan atau diulas apa jua fatwa baik daripada Nik Aziz mahu pun Hadi Awang.

    Ikrar kami adalah, ” walau sebesar hama sekali pun fatwa mereka berdua tak dapat ubah hati kami terhadap perjuangan Umno “.

    Pemimpin Umno, teruskan perjuangan kalian, Allah lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang munafik.

  4. masjid di klantan dah ada..buat apa nk bina lg.. bina masjid bsar3 tp dibina untuk tujuan mnunjuk nunjuk buat apa.. Tanda akhir zaman ialah banyak Rumah Allah dibina. Sedangkan banyak masjid yg sudah tersedia… namun ia dibiarkan kosong … yg perlu ditilik sebenarnya ialah para jemaahnya….dan berbangga2 membinanya..cantik mcm istana,tapi kosong je..

  5. oooo jadi patut la berhala buddha banyak kat kelantan…
    pasai buat apa bina masjid bebanyak.membazir sbb dapat kat kontraktor jer
    kiranya pas pun gagal la jugak kan utk ajak rakyat ke masjid.tu pasai kosong gak masjid kat kelantan.air pun kejap ada kejap takde

  6. Patutlah nik aziz setuju nama Allah boleh diberi pada kristian, rupanya nik aziz nak jadi Allah..

  7. hey manusia bergelar mb kelate.
    gapo gak mu telah buat sbg ketua pentadbir negeri sejak 23 tahun lalu.Ingat benar ore semua tahu mu ni jenis meto,tok sedar diri baso keras palo,sombong ujub,bongkak.dgn ore melayu mu berani tunjuk hebat,tapi nga ore ore kafir mu boleh hormat lagi tunduk,kononnya nok berdakwah,berdakwoh palo bapok mu….SYAITAN AJR KO BAPOK IBLIS AJAR.ingat sikit Nabi besar junjungan kita pun didatangi iblis,TAPI TAK MAMPU DIGODA.TAPI KALU SETAKAT MU,CICIT SYAITAN PUN BOLEH MERESAP DLM DARAHMU.BIAR KABAR GAK SIKIT.MU NI BUKAN ADA ‘LEVEL’GAPO PUN KECEK BAHASA ARAB PUN BUKE RETI PUN.
    RAMAI LAGI HOK DOK LUAR LEBIH PANDAI PADA MU TAPI TOK KECEK BELIT MACE MU.BASO DASAR TAKKABURRRRR.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top