Home / Berita Utama / U Turn Lah Hadi ,Rayu Kit Siang.

U Turn Lah Hadi ,Rayu Kit Siang.

Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.

“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim hari ini ketika melawat Bukit Gelugor di sini.

PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam PAS.

Pisau kata “Pas ada pengalaman U Turn..ala..macam tak biasa pulak….”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Bayar Lebih Projek Terowong Bukti DAP Berkongsi Wang Rakyat Beratus Juta! 

Bukti DAP Pulau Pinang cekap menguruskan wang rakyat. DAP berjaya mengumpul berbillion ...


Hit Counter provided by Curio cabinets