Seluruh perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 diharap menunjukkan semangat cukup tinggi menunggu gendang perang menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipalu oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memangku tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO melahirkan harapan itu ketika ditemu bual oleh Utusan Online ketika melawat Laman Media di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pagi.

Beliau ditanya harapannya terhadap lebih 5000 perwakilan ke perhimpunan kali ini yang dianggap terbesar dan paling signifikan menjelang PRU-14.

Ahmad Zahid dalam pada itu, mengucapkan selamat bersidang kepada ketiga-tiga sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan dirasmikan perhimpunannya oleh beliau pada malam ini.

Ditanya intipati ucapan beliau malam ini dan kemungkinan ada sesuatu yang lain daripada yang lain akan disampaikan kepada ketiga-tiga sayap parti itu, beliau menjawab”

“Tidak ada apa-apa kejutan. Kalau ada pun kalau (didedahkan) maka tidak jadilah kejutan,” katanya sambil meminta semua perwakilan dan ahli yang tidaki berkesempatan menghadiri perhimpunan di PWTC supaya menyaksikan ucapan beliau yang akan disiarkan secara langsung di televisyen dan portal berita. 

sumber: Utusan

“Semangat cukup tinggi terutama apabila tunggu gendang perang dipalu oleh Presiden parti.

“Pada waktu sama, kali ini mungkin hampir kesemua ketua cawangan seluruh negara akan berada di PWTC dan semangat ini memperlihatkan kebersamaan akar umbi ke atas,” katanya.

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons