Tun M telah menghina Islam! itulah kata kata seorang ahli khawarij PAS sebentar tadi apabila Pisau ajukan soalan mengenai kritikan Tun M terhadap bi’ah celaka dunia akhirat jika khianat terhadap PAS.

Pemikiran khawarij PAS sudah jauh tersasar,kata mereka khawarij PAS itu Islam,khawarij PAS itu agama,hinggakan ada yang kata tidak cukup Islam jika tidak menyertai PAS.

Kata kata Tun M telah membangkitkan kemarahan kaum puak khawarij hingga ada yang berkata “tak mengapalah,puak sekular memang hatinya hitam sebab tu tak terima PAS”

Jangan terkejut pula lepas ni khawarij tambah rukun iman dari 6 jadi 7 perkara salah satunya kena masuk PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.

“Bai’ah bermakna kita ‘swear loyalty’ (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah…bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama,” katanya.

Katanya seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Dr Mahathir mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya “akan celaka dunia dan akhirat”.

“Tidak ada perlu Bai’ah kepada sesiapa…bukan pun Nabi, jadi nak Bai’ah buat apa?” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana “Transformasi Minda Penyelidik Muda” anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata PAS cuba mengongkong pemikiran para penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat-pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan bai’ah di dalam parti itu.

Pisau kata “Politik itu bukan agama,tak kapir pun kalau tak masuk PAS”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons