Seringkali tokong DAP menyalahkan pelbagai pihak yang membantah projek yang merosakkan alam.Kawasan tadahan hujan dimusnahkan oleh rakan rakan kroni DAP hingga banjir di Pulau Pinang ibarat satu acara pesta air tahunan .

Hari ini apabila berlaku banjir besar tokong DAP sudah tiada cara lain daripada memohon bantuan kepada kerajaan pusat.
Alhamdulilah TPM Ds Ahmad Zahid berjiwa besar menolak perbezaan politik demi kepentingan rakyat mengerakkan operasi menyelamat selepas dimaklumkan oleh tokong DAP pada jam 3 pagi.

Inilah kelebihan pemimpin BN,mereka tidak berpolitik 24jam hingga tak kena tempat,pemimpin BN semua orang tahu akan membantu semua pihak tanpa mengira idiologi politik.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menghantar pasukan polis dan tentera untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegawai dan anggota terlibat menggerakkan operasi menyelamat itu seawal pukul 8.30 pagi.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, operasi terbabit diselaraskan oleh Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin.

“Saya telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) memaklumkan mengenai situasi banjir di Pulau Pinang pada pukul 3.34 pagi.

“Serentak itu, saya mengarahkan majlis berkenaan supaya merangka pelan menyelamat dan menghantar bantuan pasukan polis serta tentera untuk menjalankan operasi menyelamat ke Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program 1Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya di sini pagi ini.

Terdahulu, Guan Eng telah menghubungi Ahmad Zahid memohon bantuan kerajaan Pusat khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghulurkan bantuan kecemasan dengan segera kepada penduduk di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh.

It's only fair to share...

pisau

One Comment

  • Reply
    cikminah
    05/11/2017

    PELIK…Kenapa kau kata Zahid Hamidi berjiwa besar kerana menghantar
    bantuan tentera ATM membantu Pulau Pinang yang menghadapi banjir…???

    * Adakah ATM itu kepunyaan Zahid Hamidi ……????
    * Bukankah ATM itu tentera di bawah kerajaan pusat, oleh itu Penang
    juga berhak mendapat perkhidmatannya kerana meskipun Penang di bawah
    Kerajaan Pembangkang tetapi dia tetap takda tentera. Dia tetap bergantung
    kepada bantuan polis dan tentera.
    * Adakah Pulau Pinang itu bukan sebahagian daripada Malaysia……?????

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons