Home / Berita Utama / TPM Beri Amaran Kepada Duta Korea Utara Agar Hormat Kepada Malaysia.

TPM Beri Amaran Kepada Duta Korea Utara Agar Hormat Kepada Malaysia.

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dan perlu tunjukkan negara kita tidak boleh diperkotak katikkan..

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang cukup bertoleransi dalam hubungan diplomatik.

Namun apa yang dapat kita lihat Korea Utara cuba menutup pekung atas perbuatan mereka sendiri dengan kes melibatkan Kim Jong Nam.

Tindakan Menteri Dalam Negeri yang tegas memang amat diperlukan.Memandangkan sikap Korea Utara awal awal lagi terus menyerang Malaysia untuk dijadikan kambing hitam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lelaki warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang diusir pulang ke negaranya telah disenarai hitamkan daripada memasuki negara ini.

Tindakan itu dibuat adalah bertujuan mengelak negara ini dijadikan pangkalan kepada negara tersebut melalukan agenda tersembunyi pada masa akan datang.

Malah hasil siasatan polis juga mendapati Jong-chol yang sepatutnya berada di negara ini untuk bekerja didapati menjalankan pekerjaan yang tidak pernah dilakukannya.

“Kita tak mahu elemen seperti ini berlaku di negara ini. Kerajaan perlu tegas agar negara kita tak dijadikan pangkalan kegiatan diragui seperti dilakukan Jong-chol.

“Lelaki ini didakwa datang ke negara ini untuk bekerja dengan sebuah syarikat, tetapi siasatan polis mendapati dia sebenarnya tidak bekerja di sini,” kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Belia FELDA Malaysia, di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Jong Chol katanya berada di depoh tahanan imigresen akan diterbangkan ke Beijing dan seterusnya ke Pyongyang dengan diiringi dua pegawai kedutaan Korea Utara.

Dia direman sejak 18 Februari lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, sebelum dibebaskan berikutan kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, pihak kedutaan Korea Utara di Malaysia perlu menghormati sistem perundangan, budaya serta kelaziman di negara ini selain prosedur diplomasi antarabangsa.

“Jika hentaman itu berterusan dibuat oleh Duta berkenaan, beliau akan membayarnya pada ‘harga’ yg mahal. Sebagai seorang Duta biarpun skrip datang dari sumber beliau tahu, tetapi beliau harus menghormati sistem perundangan, etika, budaya dan kelaziman yang dilakukan oleh negara kita,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai waris kepada Jong-nam yang masih belum tampil memberikan sampel DNA, Dr Ahmad Zahid berkata negara mempunyai cara lain untuk tujuan itu.

“Dia (waris) tidak mesti perlu tampil ke negara kita, ada kaedah lain untuk perolehi sampel berekenaan,” katanya.

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Akhbar Nanyang Siang Pau Hina dan Kutuk Speaker Dewan Rakyat Dan Hj Hadi, RUU355 Syariah Amat Penting Untuk Bangsa Cina ?

Kurang ajar dan biadap.. Apa yang disiarkan oleh akhbar berbahaya cina ini ...


Hit Counter provided by Curio cabinets