Home / Berita Utama / DAP / Tokoh Banglo Terlajak Murah Gagal Lengahkan Kes,Hakim Dah Tak Mahu Buang Masa.

Tokoh Banglo Terlajak Murah Gagal Lengahkan Kes,Hakim Dah Tak Mahu Buang Masa.

Cubaan tokoh banglo terlajak murah memerangkap tokong DAP melengahkan perbicaraan kes rasuah beliau gagal. Taktik yang pernah digunakan oleh barisan peguam Anwar yang berjaya tangguh lebih 60 kali gagal dilaksanakan oleh peguambela tokoh banglo terlajak murah ini.

 

Sebenarnya apa yang perlu dibimbangkan sangat oleh tokoh banglo terlajak murah ni,dulu beliau juga berpengalaman dipenjarakan ,kemudian digambarkan tokoh banglo ini seorang hero,Satu ayat yang biasa digunakan DAP adalah “Lim Guan Eng Telah Masuk Penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.” .. Hah.. nak tahu cerita sebenar klik sini

 

Kita jangan termakan dengan taichi tokoh banglo terlajak murah yang juga terkenal dengan gelaran lidah bercabang.. dia dapat banglo terlajak murah kemudian salahkan orang kononnya dipolitikkan.. puiii…

 

Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan tetap dibicarakan pada Mac depan sebagaimana yang telah dijadualkan sebelum ini, kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu berkata demikian selepas peguam Datuk V Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan pihaknya memfailkan notis usul itu 2 minggu lepas manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan sama hari ini untuk mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Untuk permohonan baharu daripada Phang dan Guan Eng itu, hakim Hadhariah menetapkan tarikh pendengaran pada 7 Februari ini.

“Tarikh pendengaran notis ini akan diberikan pada 7 Februari memandangkan kedua-duanya permohonan sama iaitu untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak berperlembagaan dan syarat saya tarikh perbicaraan pada Mac tidak akan dipinda,” katanya.

Permohonan Guan Eng & Phang Cabar Akta SPRM Didengar 7 Feb

Pada 6 Dis lalu, hakim Hadhariah telah menetapkan perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Phang selama 34 hari bermula 27 Mac 2017.

“Perbicaraan kes ini akan bermula pada 27 Mac depan dan ia akan dijalankan lima hari selang seminggu sehingga 27 Julai 2017.

“Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.

“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.

Walau bagaimanapun pada pengurusan kes yang diadakan hari ini, Guan Eng dan Phang dilihat cuba melengah-lengahkan perbicaraan dengan memfailkan permohonan baharu.

 

Pisau kata ” lepas ni ada lagi kes..”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Banjir & Terowong Bukti Guan Eng Gagal Sebagai Ketua Menteri

Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng perlu tampil menjelaskan mengapa ...


Hit Counter provided by Curio cabinets