Berita telus dan seimbang..

Tian Chua Dilarang Masuk Sabah

in Berita Nasional/Berita Utama by

20130407-214241.jpg

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) semalam ditahan dan tidak dibenarkan memasuki Sabah, serta diminta kembali semula ke Semenanjung, lapor Utusan Malaysia.

Tian Chua dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) tiba di LTAKK untuk acara politik, namun semasa pemeriksaan, Mat Sabu diberi pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas untuk memasuki Sabah, sebaliknya Tian Chua tidak diberikan dan diminta kembali semula ke Semenanjung.

“Semasa bergerak ke kaunter imigresen saya nampak ramai pegawai-pegawai beruniform biru dan Tian Chua dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki Sabah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekeping kertas putih (pas lawatan sementara),” kata Mat Sabu.-aidc

It's only fair to share...

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


Latest from Berita Nasional


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas