Portal The Star telah melaporkan berita yang diluar dari kebiasaan mereka,entah kenapa mereka begitu berselera untuk menghentam ahli Parlimen BN sedangkan terang terangan kenyataan Yb Shahbudin semasa diparlimen berlainan sekali seperti yang dilaporkan.

Bersandarkan laporan The Star,ia dijadikan bahan pula oleh puak kaki fitnah yang cukup mahir dengan putar belit menggunakan laporan ini untuk dijadikan peluru untuk menghentam ahli Parlimen dari Tasek Gelugor.

 

Yang tidak dilaporkan oleh The Star dan media haprak pembangkan.. anda boleh bezakan..

 

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang undang-undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang bertujuan untuk melindungi mereka di bawah umur 18 tahun daripada golongan pedofilia.

RUU itu diluluskan selepas perdebatan hangat dari tengah hari semalam hingga hampir jam 6 petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berpuas hati apabila majoriti ahli parlimen mengambil bahagian berbahas RUU tersebut.

“Saya teruja dengan penglibatan begitu ramai Ahli-Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan sama ada di peringkat dasar mahupun jawatankuasa.

“Sesungguhnya kerajaan sentiasa terbuka mendengar pendapat daripada semua pihak bagi memastikan Rang Undang-Undang ini digubal secara komprehensif dan mampu melindungi kanak-kanak daripada pelaku jenayah seksual tanpa mengira usia.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas penubuhan Task Force serta YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Ketua Whip untuk membuka jalan RUU ini dibentang. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya ahli-ahli Task Force,” katanya dalam satu kenyataan media selepas RUU tersebut diluluskan pada Selasa.

Tambah Azalina sebagai pelengkap dalam usaha menangani isu jenayah seksual, kewujudan Mahkamah Jenayah Khas amatlah diperlukan bagi memastikan prosiding dan perbicaraan kes melibatkan kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar.

“Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak yang sedia ada yang hanya mengendalikan kes-kes di mana pelaku jenayah adalah kanak-kanak. Bagi memastikan kelancaran penubuhan Mahkamah Jenayah Khas ini, majistret, hakim dan pendakwa raya akan diberi latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah seksual kanak-kanak.

“Sehubungan itu, saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Hakim Negara yang baharu, Tan Sri Md Raus Sharif bagi membincangkan berkenaan penubuhan Mahkamah Jenayah Khas ini.

“Saya juga ingin ucapkan tahniah diatas perlantikan beliau dan percaya dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki dapat terus memartabatkan institutsi kehakiman dan perundangan negara,” katanya.

Terdahulu ketika perbahasan peringkat jawatankuasa meskipun pembangkang menyokong rang undang-undang itu, namun mereka mendakwa bahawa terdapat banyak kelemahan dalam undang-undang yang dicadangkan itu dan ini boleh dieksploitasi.

Mereka juga menimbulkan kebimbangan tentang rang undang-undang itu terhadap golongan di bawah umur 18 tahun, tetapi melepasi umur 16 tahun untuk mengadakan hubungan seks.

Terdapat juga kebimbangan mengenai keberkesanan undang-undang itu kerana perkahwinan kanak-kanak masih dibenarkan.

Bagaimanapun barisan pembangkang PAS menegakkan perkahwinan di usia muda jika mendapat persetujuan ibu bapa adalah digalakkan bagi mengelakkan zina.

Namun Azalina menemplak kembali perkara yang dibahaskan pembangkang dengan menjelaskan RUU Jenayah Seksual Kanak-Kanak adalah isu yang sepatutnya menjadi fokus, bukan isu perkahwinan.

Malah beliau turut menyatakan pihak yang perlu memainkan peranan dalam isu perkahwinan tersebut adalah menteri yang menjaga perihal agama.

Sementara ahli parlimen di barisan kerajaan pula iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya dengan tegas menolak cadangan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Katanya ini kerana Malaysia mempunyai sistem yang cukup sempurna dimana perkahwinan di bawah umur dibolehkan namun perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum mereka dikahwinkan.

“Mereka yang berada di bawah umur bukan boleh kahwin suka-suka, kita ada sistem yang cantik, pihak mahkamah syariah mempunyai pertimbangan khsusus berlandaskan kehendak dan tuntutan agama dan hakim, maka ia tidak boleh sewenang-wenangnya suatu perkahwinan dilakukan di bawah umur 16 tahun.

“Maka saya menolak apa yang dicadangkan oleh Kulai,” kata Shabudin yang merupakan bekas hakim mahkamah syariah.

Apabila laporan picisan dari wartawan bertaraf longkang The Star,ramai juga yang memberi respon yang positif apabila meneliti semula ucapan MP Tasek Gelugor ini.

 

Aku kerja di parlimen. Aku dengar dgn teliti ucapan YB Shahabuddin Yahaya, MP Tasek Gelugor semasa perbahasan usul untuk memasukkan klausa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dlm akta kesalahan seksual kanak-kanak.

 

YB Shahabuddin merupakan mantan hakim mahkamah syariah. Dia jelaskan tadi, melalui enakmen negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah. Maknanya, mereka hanya boleh berkahwin selepas hakim mahkamah syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut.

 

Dan bila dibaca artikel The Star ni, langsung tidak dinyatakan hujah berkaitan kebenaran dari hakim tersebut. Berkenaan umur 9 tahun yang dinyatakan, YB Shahabuddin memberi gambaran bahawasanya seseorang perempuan itu sampai akil balighnya ada yg seawal usia 9 tahun. Hujahnya sekadar memberi contoh ttg pengalaman sebagai seorang hakim; seseorang yg sudah akil baligh, secara asasnya mereka sudah boleh berkahwin. Tetapi ianya hanya terpakai selepas hakim meneliti perkara itu dgn sewajarnya dgn mengambil kira perkara-perkara lain.

 

Berkaitan perogol yg berkahwin dgn org yg dirogol, jelas dalam awal ucapannya, dinyatakan rogol adalah jenayah. Si perogol perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang. Tetapi ada byk kes, perogol berkahwin utk tutup kes. Dlm ucapannya juga jelas dikatakan, pihak polis bertindak mengikut laporan polis. Kalau tiada laporan polis, atau laporan polis ditarik, bermakna tiada kes utk disiasat sbb org yg mendakwa dirogol telah menarik balik laporan yg dibuat. Tanggungjawab itu berbalik semula kpd tanggungjawab wali. Harus diingat juga, apa-apa hubungan seks dgn kanak-kanak bawah umur, walaupun hubungan suka sama suka, akan turut dikira sebagai rogol.

 

Jadi kepada The Star Online, silalah berintegriti dalam reporting anda. Bila hendak quote seseorang, quote lah sepenuhnya. Jangan menulis sehingga memberi gambaran salah. Itu tidak betul. – Sumber Madi azmadi

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons