Home / Berita Utama / Berita Nasional / Terkini Foto : DI MAHKAMAH RAYUAN ISU PENGGUNAKAN KALIMAH ‘ALLAH’ Oleh Gereja.
Terkini Foto : DI MAHKAMAH RAYUAN ISU PENGGUNAKAN KALIMAH ‘ALLAH’ Oleh Gereja.

Terkini Foto : DI MAHKAMAH RAYUAN ISU PENGGUNAKAN KALIMAH ‘ALLAH’ Oleh Gereja.

20130822-102031.jpg

20130822-102036.jpg

20130822-102041.jpg

20130822-102046.jpg

20130822-102051.jpg

Tak ramai yang beri sokongan kepada kerajaan yang mahu pertahankan kalimah Allah berbanding mereka yang bertuhankan Anwar…

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO Islam berkumpul di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menunggu keputusan rayuan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible.

Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA).

Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dari Nassar Foundation dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang berada di dalam mahkamah serta editor mingguan Herald, Father Lawrence Andrew.

Orang ramai yang mula berkumpul bermula jam 8 pagi di perkarangan mahkamah kini berselawat dan melaungkan dua kalimah syahadah sementara menunggu keputusan.

Kaum wanita yang hadir pula duduk berkumpul di perkarangan mahkamah sambil membaca al-Quran.

Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini bagi mendengar permohonan Murphy untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Jika Archbishop Murphy gagal dalam permohonannya hari ini, rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan itu akan didengar pada 10 September.

Pisau kata “haprak pakatan dah angkat Anwar lebih dari tokong…”

About pisau

14 comments

  1. Orang bukan Islam berani mencabar Sebuah kerajaan Islam yang diperintah pleh orang Islam Aggong.Sudah sampaimasanya kita orang orang Islam bertindak keras terhadap merika semua sebab merika memerangi kita Umat Islam dan Islam itu sendiri dinegara Malaysia yang merupakan sebuah Negara Islam .

    • sila fahamkan soalan berikut:

      1. Agama manakah yang wujud dahulu? Islam atau Kristian?
      2. Siapa yang mula menggunakan Perkataan ‘Allah’?
      3. Bilakah Islam Wujud? Sebelum atau selepas wujudnya kristian?
      4. Mengapa Kita harus menyerang agama orang lain sedangkan umat agama Islam yang mencetuskan Isu Ini?

      Fikirkan.

      • Oleh Anonymous;

        “sila fahamkan soalan berikut:

        1. Agama manakah yang wujud dahulu? Islam atau Kristian?
        2. Siapa yang mula menggunakan Perkataan ‘Allah’?
        3. Bilakah Islam Wujud? Sebelum atau selepas wujudnya kristian?
        4. Mengapa Kita harus menyerang agama orang lain sedangkan umat agama Islam yang mencetuskan Isu Ini?

        Fikirkan.”

        Bagi pembaca yang terbaca persoalan sebegini, ini adalah persoalan yang biasa diutarakan oleh golongan tertentu, yang tahu kelebihan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian, di Malaysia.

        Budaya orang Malaysia, Melayu Islam terutamanya, akan lebih gemar berfikir daripada mengkaji. Lantas, atas saranan ‘Anonymous’, pasti ramai yang jatuh ke jerat persoalan kerana berfikir tanpa asas yang kukuh, tanpa panduan.

        Sepatutnya ‘Anonymous’ menggalakkan pembaca mengkaji sumber yang sah, berbanding berfikir.

        Sila gunakan persoalan yang sama, tetapi mengkaji. Bukan berfikir. Silakan.

  2. Sedih.. amat sedih.. kenapa isu berat mcm ini org Melayu xbermiant nk berhimpun. untuk berikan sokongan dan mewujudkan sentimen kpd bukan Islam bahawa ini HAK ISLAM.. kenapa PAS kekal jd syaitan berkepala manusia. Tidak ada sekelumitkah rasa kasih pd Allah SWT, krn hal ini akan bawak pd mudharat besar pd Aqidah, dan masa depan anak2 bangsa kita…

    Kenapa terlalu sedikit yg terbuka hati.. berbanding blackout 505 wpun sia2 dan tiada halatuju benar. Syaitan beraja di hati manusia. Benarlah Sabda Nabi, Islam datang dlm keadaan DAGANG dan kembali dlm keadaan DAGANG (asing).. Ya Allah Aku Mohon Ampun pada-MU atas kelemahan kami.. Selamatkanlah Kami dan Agama Kami ini Yakni Islam, Selamatkanlah Kesucian Nama-Mu Ya Allah, kami tahu ini adalah penanda aras ujian pd kami sejauh mana kami taat dan kasih pada-Mu Ya Allah.. Selamatkanlah Kesucian Nama-Mu Ya Rahman.. Ya Rahimm.. Ya Wadudd.. Ya Kareem.. Aku amat sedih dgn kelemahan2 ini…

    • sebenarnya bukan pas tu yang berkepala syaitan, tapi pemimpin yang sja mencetus keharmonian orng beragama, sorry to say… PAS. aku boleh tabik lagi, Khalima Allah itu berasal dari sebutan Arab yang bermaksud Tuhan. Ni aku nak tanya depa ni, kata beragama, tuntut agama pun tahap belajar d sekolah jer…. kemananya iman mu pergi….. gara-gara politik korang nak support orng yang memimpin berkepala lebar bak syaitan… sekarang banyak pemimpin2… hanya nak dapat nama dan gelaran semata2… siapa yang dapat membela kemenangan demi kekuasaan dirinya maka dia mau lebih menjawat kuasa bak mengalahkan kekuasaan Tuhan…. misalnya dengan sesetengah orang pemimpin sekarang yang pandai2 nak buat enakmen baru supaya Kristian tak boleh guna kalimah Allah…. sedangkan hanya takut disalah ertikan dalam agama kristian Kunun2nya…. ni betul2 dah melampau ni, dah nak kalahkan kuasa Tuhan yang boleh membuat keputusan di dunia semata2…. lu nak tahu, tergelak geli orang luar mendengar dengan isu ini di luar negara…. tak malukah sikap kita sebagai orang Malaysia…… kata perkataan suci, yang nak mengubal tak suci sangat malah menambah kehuru haraan di malaysia… ni dikatakan manusia tidak berakhlak mulia dan kecetekan pemikiran yang berunsur dengan kegilaan kuasa memerintah di dunia semat2…. so fikir2lah….

  3. Emmm … umat islam seluruh dunia tidak pernah berkata kalimah Allah hanya untuk orang islam kerana mereka tahu orang kristian telah menggunakan kalimah Allah sebelum datang Nabi Muhammad lagi. Hanya di malaysia sahaja berbuat demikian jadi, tidak hairanlah kalau hanya ada 150 orang sahaja yang hadir memberi sokongan kerana orang islam yang lain sudah tahu dan pintar bahawa tiada tertulis dalam al-quraan bahawa kalimah Allah adalah khas untuk orang islam.

    • Shaik Mohamed Imransemua

      Semua org Islam tahu Allah takkan biarkan namaNya dipergunakan kristian dalam mempromosikan ugama mereka. So tak payah nak kumpul, tapi kalau nak kumpul apa salahnya?

      Sebab kristian nak guna nama Allah hanyalah semata-mata utk penyebaran agama mereka. Bukti ini boleh dilihat do Indonesia di mana 2 kita umat remaja Islam dikristiankan setahun setelah penggunaan kalimah Allah dibenarkan diguna pada injil mereka.

      • Sebenarnya siapa convert siapa???

        Yg saya tahu, Islam lebih banyak convert pelajar kristian kepada islam. Terutamanya golongan yg tidak mampu. Seperti kes di sabah…..

        Siapa nak masuk islam diberi Elaun setiap bulan.. (Pelajar tidak mampu pasti teruja)… itulah teknik korang…

        Lepas itu, kerajaan malaysia ini, nak bina jalan raya di kampung pun susah. Kalau nak jalan raya bertar… perlu ada surau @ masjid di kampung tersebut… (Inilah teknik mereka utk menyebarkan Islam di pendalaman dan sasaran mereka ialah suku kaum asli, perkampungan di Sabah & Sarawak.. Mcm lagi…

        Persoalannya, siapa yg convert siapa.. Kristian tidak pernah guna tektik kotor itu.

        Kalau perkataan ALLAH itu menjadi isu besar… Kenapa korang tidak ambil semua je ayat di dalam Alkitab… Senang crita Ambil lah semua yg ada… Claim la juga perkataan YESUS itu.

  4. balik lah kepada sejarah dunia.bukan sejarah kat dalam negara saja….cuba selidik dari zaman kuno dulu….jangan terus nak mencantas sejarah untuk kepentingan diri, itu boleh memalukan diri sendiri….pikiq lah….sempit sangat lah fikiran…..asyik nak perang saja.

  5. Kalimah Allah tuh tak salah diguna pakai oleh mana2 agama… yang salahnya kepahaman kita sebagai manusia yang menyalah ertikan kegunaan kalimah tersebut, conth saja orng seperti pengomen di atas…. semua nak kata betul tindakan tersebut. tapi tak berfikiran luas akan makna Allah… tahu cakap ikut suka otak di bawah kaki korang…. di mana agamamu geng…

  6. hamba Allah yg kerdil

    Kalimah Allah utk org islam…klu di salah gunakn bakal mengelirukn ank2 muda dizaman akn dtg…semoga Allah memelihara iman kita….wallahualam. ..semoga kita sama2 dijauhkn dr azab seksa api neraka…

  7. Wahai umat manusia..sesungguhnya agama yang diterima akhir zaman ini ADALAH Islam.Tidak diterima jika manusia itu memilih agama selain Islam.Carilah di google/yahoo/lycos/etc perkataan ini”AGAMA YANG DITERIMA DI SISI ALLAH”. atau in english “THE RELIGION BEFORE ALLAH” atau “RELIGION ACCEPTED BY ALLAH”.Petunjuk dan hidayah Allah untuk semua manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top