Home / Berita Utama / DAP / “Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit,menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” – Jamal

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit,menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” – Jamal

Ultrakiasu chauvanis rasis DAP bukan saja cukup mahir baling batu sembunyi tangan,isu terbaru yang tak kurang menariknya apabila ahli parlimen Seputeh menggunakan dana awam yang diperuntukan kepada rakyat Selangor untuk kepentingan diri beliau sendiri.

 

Dakwaan serius oleh Datuk Jamal harus disiasat oleh pihak SPRM,mana mungkin wang peruntukan YAWAS boleh dikeluarkan melalui kad atm peribadi ahli parlimen ini. Di harap Teresa Kok paling kurang harus menyamai prestasi tokoh banglo terlajak murah,memandangkan kaedah yang diguna pakai untuk mencapai KPI tokoh banglo mungkin mustahil tetapi sekurang kurangnya dapatlah merasa duit percuma untuk kepentingan politik atau peribadi.

 

Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok mempercepatkan saman terhadapnya berhubung pendedahan beliau tentang penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ini kerana menurut Jamal, terdapan enam lagi perkara yang bakal didedahkan berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

“Saya mengalu-alukan Teresa untuk mempercepatkan saman saya kerana saya sudah tidak sabar menunggu saman beliau supaya apa saya dedahkan ini diketahui rakyat, dan jika ia berjaya untuk dibicarakan di mahkamah, kita akan lihat bagaimana penyelewengan yang berlaku di dana YAWAS.

“Saya sedikit pun tak gentar dengan ugutan, malah saya suruh percepatkan supaya Teresa saman saya, sebab saya ada maklumat tentang apa yang saya katakan, saya bertangunggungjawab sepenuhnya, saya yakin dan percaya ada banyak masalah ketirisan dan sebagainya menguruskan dana yang sebegitu banyak, ada 7 program kesemuanya.

“Saya baru bongkar 1 daripadanya, ada 6 lagi yang saya akan dedahkan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teresa dalam Roketkini.com yang melaporkan Naib Pengerusi DAP itu dikatakan sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah ke atas Jamal berikutan dakwaannya terhadap Teresa.

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong serta hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” kata Jamal dalam pendedahannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Jamal turut mengingatkan Teresa supaya tidak mengugut mana-mana media yang melaporkan berita mengenai YAWAS kerana ia adalah tugas media untuk melaporkan berita. – BNBBC

 

Pisau kata ” Selangor banyak isu.. rakyat masih tak nampak lagi.. “

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Kit Siang Pecat Dyana Sofia Kerana Banyak Habiskan Masa Dengan Zairil?

Dyana Sofia setiausaha politik Kit Siang  sudah dirembat oleh Zairil Khir Johari ...


Hit Counter provided by Curio cabinets