HARARE: Krisis politik Zimbabwe semakin membarah selepas tentera negara itu dilaporkan menawan pusat penyiaran rasmi negara itu, ZBC.

Saksi turut menyatakan mereka mendengar tiga letupan di ibu negara, Harare.

Laporan media tempatan menyebut, kakitangan ZBC tidak diapa-apakan sebaliknya tentera hanya melindungi kawasan berkenaan.

Parti pimpinan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe sebelum ini menuduh komander tentera negara itu Constantino Chiwenga, berpaling tadah kerana  didakwa cuba campur tangan dalam menangani kemelut politik dalaman.

Ia selepas konvoi bersenjata dilihat mara ke luar  Harare.

Chiwenga sebelum ini memberi amaran campur tangan tentera bagi menyelesaikan krisis politik Zimbabwe.

Kenyataan dibuat selepas Mugabe memecat Naib Presiden Emmerson Mnangagwa, yang disokong tentera.
Tindakan dipercayai bagi memberi laluan kepada isterinya Grace Mugabe untuk dilantik ke jawatan berkenaan.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons