Home / Berita Utama / Takut berdepan pengundi Melayu dan India?

Takut berdepan pengundi Melayu dan India?

Guan Eng kata beliau boleh bertanding dimana mana Dun dinegeri Pulau Pinang.Katanya rakyat berbilang bangsa dan agama menyokong beliau.

Nah! ini peluang untuk buktikan bahawa beliau disokong oleh melayu dan india..

Tetapi seperti biasa,rasis chauvanis ultrakiasu tidak akan sesekali berani untuk berhadapan dengan majoriti melayu.

Beliau hanya mengharapkan kawasan selamat seperti Kit Siang.

Guan Eng lidah bercabang kata dengan memberi bantuan puluhan juta kepada umat Islam beliau akan disokong.Sekali lagi peluang untuk buktikan samaada tokong kesayangan pakatan ini mampu untuk menang atau tidak.

aa

PULAU PINANG 1 April – Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebenarnya takut untuk bertanding di kawasan pengundi yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan India.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, hakikat itu jelas apabila Guan Eng hanya berani menentangnya di kerusi yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Cina sahaja.

“Selama ini beliau dengan lantang melaungkan DAP parti yang berjuang untuk semua bangsa di negara ini tetapi kenapa tidak berani bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pengundi terdiri daripada pelbagai kaum?

“Adakah beliau takut untuk berdepan dengan orang Melayu dan India kerana sebelum ini beliau telah menjanjikan pelbagai perkara namun gagal menunaikannya?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chang Yeow berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang beliau tidak yakin untuk berdepan dengan Setiausaha Agung DAP itu di DUN Padang Kota.

Mengulas lanjut, Chang Yeow berkata, sekiranya benar DAP memperjuangkan hak pelbagai kaum, Guan Eng tidak seharusnya melatah apabila dipelawa bertanding di kawasan yang majoritinya terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya sudah masak dengan gelagat beliau yang cuba mengalihkan isu takut ini kepada saya sedangkan rakyat tahu siapa sebenarnya takut.

“Serangan itu langsung tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berusaha dan melakukan yang terbaik untuk rakyat negeri ini,’ katanya lagi.

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top