Berita telus dan seimbang..

Tag archive

PRU13

Australia Iktiraf Keputusan PRU13 Bikin Anwar Meroyan!

in Berita Nasional by
20130604-213639.jpg

Anwar sebelum ini mahukan campur tangan asing didalam sistem pilihanraya negara kita.

Apatah lagi Anwar menjemput beberapa Ahli Parlimen Australia kononnya untuk memantau proses pihanraya.

Sebolehnya beliau mahu memberi persepsi buruk kepada sistem pilihanraya negara hinggakan sanggup membuka laluan kuasa asing agar mencampuri urusan dalaman negara. Baru baru ini Anwar mahukan Amerika bertindak sama seperti mereka menyerang Iraq atas dasar nama demokrasi dan hak asasi manusia.

Australia dalam kenyataan terbaru mengiktiraf sistem pilihanraya dan keputusannya yang dimenangi secara sah oleh kerajaan BN.

Mana si pondan tua ni nak letak muka ? Dia nak pengaruhi orang luar supaya beri tekanan kepada SPR, sebaliknya orang luar tahu temberang dan tembelang Anwar.

Pisau kata ” Anwar Menteri Luar Tabiie”

Hot! Pendedahan Rupanya Pakatan Guna Penyokong Berlakon Jadi Mat Bangla

in Berita Nasional by
20130527-163913.jpg

20130527-163903.jpg

Satu persatu pembohongan dan fitnah haprak pakatan kantoi.

Rakyat Malaysia diheret dengan produk dakyah pembohongan eksklusif dari kilang fitnah haprak pakatan.

Gambar diatas disebarkan semasa hari mengundi kononnya bangla ditangkap ketika untuk membuang undi.

Rupanya matbangla yang konon mengundi BN adalah penyokong pakatan berbangsa India. Menurut sumber dalaman mereka ini diarahkan untuk berlakon sebagai mat bangla untuk menyebarkan khabar angin fitnah bahawa BN menggunakan pengundi hantu.

Pisau harap gambar diatas disebarkan sebanyak mungkin agar rakyat tahu pembohongan haprak pakatan.

Sudah kalah! Kalah lah! Apa lagi mau bising rakyat sudah tolak haprak pakatan!

Pisau kata ” banyak lagi bukti akan keluar “

Rusuhan Besar Besaran Bakal Berlaku Ketika PRU13!

in Berita Nasional by

20130504-225537.jpg

Seperti yang sudah dijangkakan,kenyataan terbaru Mat Sabu memang satu tindakan preamptive untuk menghalalkan rusuhan besar besaran di seluruh negara. Pisau pernah dedahkan perancangan sulit yang dibuat oleh pimpinan pakatan pada Jun 2011.

Usaha Hancurkan PRU13 Bermula,Halalkan Kudeta.

Seluruh negara memperkatakan tentang demo Bersih yang dinaungi oleh Ambiga dan Mat Sabu.Matlamatnya tidak lebih kepada tindakan preamptive atau langkah persediaan dalam kerangka membangkitkan kononnya revolusi dinegara ini.

Dikhabarkan dalam mesyuarat pimpinan tinggi pakatan pada pertengahan 2010,setiap pemimpin komponen pakatan telah menyuarakan kebimbangan bahawa matlamat untuk mengekalkan momentum tsunami 08 sudah tidak berhasil.Ketika itu beberapa pilihanraya kecil sudah memihak kepada BN dan sehinggalah kemuncaknya ketika di Galas dan Batu Sapi apabila BN memenangi di kerusi Dun dan Parlimen.

Laporan tersebut turut menyatakan golongan muda terlalu banyak beralih arah memberi sokongan yang tinggi dan diluar jangkaan kepada BN,kata pemimpin kanan tersebut,perangkaan dan statistik didalam laporan tersebut ternyata meleset apabila pakatan rakyat kehilangan lebih daripada 60% pengundi muda sedangkan jangkaan mereka sokongan golongan muda meningkat naik memandangkan strategi menarik golongan muda dijalankan secara konsisten sejak 2008 lagi.Faktor kuasa ketiga seperti golongan profesional, atas pagar dan parti KITA,kaum India yang beralih arah juga meresahkan pakatan.Kesemua ini diambil kira.

Paling menarik kata salah seorang pimpinan kanan pakatan,berdasarkan laporan IRI pakatan ternyata akan gagal memenangi PRU 13 nanti,makanya mereka telah mengerakkan plan strategik untuk menjatuhkan kerajaan pusat secara coup de tat.

Menurut beliau,sebenarnya tiada masaalah dengan SPR,jika benar pilihanraya tidak bersih masakan pakatan mampu memenangi 5 negeri dan berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen BN.Kemenangan yang diraikan oleh penyokong pakatan sebenarnya hasil daripada sistem demokrasi yang ada,SPR menjadi badan pelaksana yang terbukti berpengalaman dan cekap.

Menuntut pilihanraya Bersih sebenarnya tak lebih kepada membangkitkan sentimen benci dan hasutan,memandangkan pakatan bakal kalah pada PRU13 nanti maka sentimen kebencian dan hasutan akan dijadikan insuran buat pakatan untuk menuduh SPR dan BN melakukan penipuan semasa pilihanraya nanti. Selepas itu rusuhan dan kononnya revolusi akan digerakkan untuk meruntuhkan kerajaan yang menang.

Mendengar penerangan yang diberikan oleh sumber Pisau, ia satu grand design yang dirangka oleh NED,IRI dan CIA seperti mana mereka menjatuhkan kerajaan Panama,Mesir,Thailand,Indonesia,namun usaha mereka berjaya dipatahkan di Iran:klik sini

Tak terjangkau dari pemikiran marhain bahawa ancaman kepada negara hingga ke tahap ini. Yang berada didalam circle atau kelompok pakatan sendiri hampir kesemuanya sudah tenggelam dan diprogram didalam sentimen yang dibangkit dan direka oleh strategis strategis ini.

Skrip sudah dirancang,pak lawak,badut dan haiwan sarkis hanya menurut kata kononnya mahu melaksanakan kuasa rakyat.Sebaliknya hanya menjadi boneka suruhan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan .

Soal bangsa mana yang lebih ramai turun didalam Bersih nanti semua orang dah tahu,99.9% Islam dan Melayu. Hanya golongan ini saja yang mudah dilembukan sepertimana DAP melayan mereka di Pulau Pinang.

*Laporan diatas bukan bermakna BN & Umno boleh tidor lena dan duduk selesa tak payah buat kerja.

Ini kenyataan Mat Sabu,

”Kami ke jalan raya jika PRU tipu”

Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun.

“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi-HaprakDaily

Sebenarnya Haprak Pakatan sudah merancang awal untuk melakukan revolusi,akan berlaku bantahan pada hari pembuangan undi.Akan berlaku boikot dan menolak proses pembuangan undi sebelum waktu mengundi jam 5 petang. Pada malamnya mereka menolak keputusan undi dan tidak menerima keputusan keseluruhan undi PRU13 ,haprak pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan mendakwa kononnya mereka kalah PRU13 disebabkan penipuan.

Tahukah anda pimpinan pakatan didalam mesyuarat sulit mereka mengakui PRU13 mereka tidak akan berjaya mengalahkan BN.Tetapi cara revoulsi dan merusuh adalah jalan terakhir untuk menumbangkan BN. Himpunan Bersih adalah justifikasi dan alasan menghalalkan rusuhan yang bakal berlaku pada PRU13 nanti .

Selepas berlaku rusuhan,maka desakan dibuat untuk satu badan bebas dari Barat untuk memantau pilihanraya.Ketika itulah baru haprak pakatan menang atas bantuan daripada negara Barat sepertimana yang berlaku di negara negara lain.

Pakatan cukup terdesak,terutamanya Anwar..,maka mereka harus melakukan apa saja menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.

Sumber Pisau dari DAP yang sangat rapat dengan Pemimpin tertinggi turut mengakui Pakatan gagal untuk takluk Putrajaya, manakala DAP hanya mampu menang tipis dengan majoriti mudah di Pulau Pinang. Manakala sumber dari PKR turut merumuskan mereka gagal untuk menang di peringkat parlimen malah kedudukan di Selangor juga lebih memihak kepada BN.

Ini adalah maklumat yang Pisau berjaya dapatkan dari Bangsar.

Mereka bakal merusuh di setiap pusat pengiraan undi dan akan memulakan revolusi di seluruh negara .

Bersih 4.0
Perhimpunan 505

Gerakan Kebangkitan Rakyat-Hishamuddin Rais

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830.

Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara.

Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu menbangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat.

Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong.

Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil.

Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah PMO (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.

Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan PMO.

Matlamat perkumpulan adalah :-
● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR

● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.

● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.

Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.

Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL.

Pisau kata ” mesyuarat DAP kata mereka hampir kalah di Penang.. 1Malaysia bersatu kalahkan pakatan”

#PRU13 Saat Cemas DAP Apabila 80 ribu Yes For @NajibRazak di Pulau Pinang!

in UMNO by

2 perhimpunan diantara pakatan dan BN memberi indikator bahawa laporan daripada war room DAP memang benar dan mencemaskan mereka.

Menurut sumber DAP,jemputan kepada ceramah perdana DAP di Padang Han Chiang baru baru ini dipanjangkan hingga ke Sg Petani,Kulim,Parit Buntar.Penganjur berhasrat untuk memberi persepsi yang hebat dengan jumlah penyokong yang ramai berbanding PRU12 satu ketika dahulu . Malangnya! DAP gagal… ya kali ini mereka gagal untuk menarik jumlah penyokong yang ramai sebaliknya kehadiran penyokong mereka walau pun terpaksa mengimport dari Selatan Kedah dan Utara Perak masih gagal untuk setanding dengan jumlah 100 ribu penyokong semasa PRU12.Menurut sumber DAP kehadiran hanya 20 ribu orang sahaja dan ini amat merunsingkan mereka.

Apa yang Pisau lihat kehadiran di Han Chiang keseluruhan yang hadir adalah 99.9% berbangsa cina dan ini amat berbeza dengan sambutan yang diberikan terhadap BN di Kem FRU,Padang Tembak.

922919_614994618530643_1679124812_n

295427_614988735197898_968501485_n

80 ribu rakyat berbilang bangsa Pulau Pinang menjerit a thundering “YES to Barisan Nasional” semalam di padang Kem FRU Padang Tembak… and another astounding “YES to Affordable Homes” and “NO to terowong”!

Bukti 1Malaysia mendapat tempat dihati rakyat Pulau Pinang apabila masyarakat berbilang kaum hadir memberi sokongan kepada BN .

Najib turut mengumumkan kerajaan Persekutuan akan membina 9,999 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana di Air Putih, Air Hitam dan Paya Terubong,Pangsapuri berukuran antara 700 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi setiap satu akan dijual antara RM72,500 dan RM290,000.
Najib mengumumkan berita baik itu pada konsert mini 1Malaysia di Padang Tembak dekat sempadan kawasan Air Putih di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Pada majlis itu, Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang menyampaikan petisyen daripada lebih 1,000 pertubuhan yang menyokong pengembalian semula status pelabuhan bebas Pulau Pinang dan pelaksanaan sistem monorel.

pdgtembak

303450_375531345889071_1282425620_n 20130430_2233_c684482_1351_573

Pisau kata “Undi pakatan? Lain kalilah”

PAS Ugut Sabotaj Permatang Pauh Jika Tak Serah Kembali DUN Penanti.

in Berita Nasional/Wilayah by

anwarDISASTER

Sebelum ini kita dihidangkan drama mengenai Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di kerusi parlimen di luar kawasan tradisinya Permatang Pauh. Ramai yang tertanya tanya kenapa Anwar melarikan diri dari lubuk PKR sedangkan rata rata penyokong PKR berasa Anwar cukup selesa di sini.

Kenapa agaknya? Pisau 2-3 hari berada disekitar Permatang Pauh,bersama rakan rakan PKR dan juga PAS,lepak di kedai kopi kegemaran di Simpang Kubang Semang ibarat lepak di mini parlimen. Cakap cakap masaalah dalaman parti berkisar siapa calon,siapa dapat banyak peruntukan,siapa yang makan duit pilihanraya.. Macam macam .. Pisau sangkakan puak haprak ni nak mengutuk Umno BN ,sebaliknya mengutuk sesama sendiri hanya kerana berebut kerusi dan juga wang.

Minum bersama puak PKR ,mereka ini pertikaikan tindakan Bang Non(Anwar) yang nak lari dari kawasan Permatang Pauh, apa yang menarik perhatian Pisau apabila orang lama reformis menghentam teruk PAS Permatang Pauh,katanya PAS tak sedar diri selama ini PAS tidak ada kuasa,sekarang pakatan kuat disebabkan faktor Anwar dan PAS langsung tidak berterima kasih.” Permatang Pauh kita cukup selesa tapi apa kejadah sampai nak sabotaj pakatan rakyat” “Kita buat program dengan bang Non depa boikot,kita panggil mesyuarat depa pi pecah lubang dekat puak karat” ” Kita bertanding di Penanti depa sabotaj,patutkah depa buat macam tu dekat kita”

“Dengar cerita PAS dah bagi kata dua pada Bang Non kalau tak mau serah balik DUN Penanti pada PAS jangan harap undi penyokong PAS dan mereka akan pastikan PKR kalah di Parlimen Permatang Pauh” ” Yang ni buat aku hangin satu badan,PAS dah berani ugut kita,kalau Bang Non bagi DUN Penanti kat PAS kita tau la nak ajaq depa macam mana nanti..”

Selepas diselidik dengan PAS Kawasan Permatang Pauh,rupanya sudah berkira kira nak letakkan Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani sebagai calon DUN Penanti,beliau sekarang ni dah berkira kira nak jadi YB kononnya,habis semua ahli PAS Permatang Pauh dah tau yang Anwar bakal tunduk desakan PAS atau berhadapan kekalahan di Permatang Pauh.

Punca Anwar nak lari dari Permatang Pauh rupanya diugut oleh PAS kemudian  dia terpaksa kembali ke lubuk sendiri selepas penyokong PKR yang tak tahu menahu pula desak Anwar jangan tinggalkan Permatang Pauh.

Pisau kata ” orang melayu PAS,PKR dan Umno bakal mengamuk jika satu video ini didedahkan…!”

Tak Tunai Janji Adun DAP Jelutong Di Pukul Perempuan Tua.

in Berita Nasional/Berita Utama/Wilayah by

Malang buat penduduk Georgetown,regim DAP lebih pentingkan poket kroni berbanding kesejahteraan rakyat. Guan Eng sanggup gadai tanah dan beri konsesi tol 30 tahun kepada kroni dalam masa yang sama berjanji untuk hapuskan tol jika menang PRU12 yang lalu.

Kelmarin banjir kilat di Georgetown,banyak kawasan yang terlibat dan salah satunya di Sungai Pinang. Pisau nak berkongsi satu cerita yang berlaku selepas banjir . Adun DAP Sungai Pinang Koid Teng Guan bersama Abang Nasir SU Pas Jelutong baru turun tunjuk muka almaklumlah dah dekat PRU13..521681_566241540076676_1436469984_n

Mereka melawat kawasan Jalan Madrasah Jelutong , 2 ekor pencacai haprak pakatan ini pergi menaiki motorsikal. Dengan harapan nak tunjuk prihatin kepada rakyat,sebaik tiba 2 ekor ini di sambut dengan maki hamun oleh penduduk.Perang mulut diantara Koid Teng Guan dengan Abg Zarus ,Pengerusi Badan Bertindak Jelutong Timur apabila Koid berjanji mahu selesaikan masaalah banjir.

Sedangkan kerajaan negeri sendiri yang meluluskan projek yang b yang diusahakan oleh Nova Mulia dikawasan berdekatan menjadi punca banjir walaupun sebelum ini dibantah beberapa kali.Berpuluh aduan dibuat namun regim kerajaan negeri DAP langsung tidak mengambil tindakan,apabila nak PRU 13 Adun DAP baru nak tunjuk muka.

Koid pertahankan kerajaan regim DAP sedangkan didepan mata mereka banjir pun belum surut menyebabkan perang mulut semakin panas,Zarus terus menghalau Koid agar keluar namun Koid dengan besar kepala tidak berganjak , Adun DAP ini dengan angkuh beranggapan ini kawasan dia maka dia tak perlu keluar.

“Fuck You” itulah kata kata Zarus beberapa kali dihadapan muka Koid sambil mencabar agar diri disaman di mahkamah kerana mengeluarkan perkataan tersebut. Ketika diatas motorsikal Adun DAP ini telah dipukul beberapa kali dengan mengunakan payung oleh penduduk seorang perempuan melayu tua.

Pisau sempat berbual dengan pembantu Koid,katanya gengster melayu yang pukul big bossnya katanya ini semua melayu banyak rasis, ” I punya bos nak tolong,tapi ini melayu pukul i punya bos,tak bagus ini macam”

Bila dengar cerita pembantu Koid Teng Guan ,Pisau dah sedar inilah cara DAP burukkan orang melayu,puncanya mereka sendiri tidak berkhidmat dan tak tunai janji,apabila berhadapan dengan rakyat mereka cukup angkuh dan sombong. Kemudian tuduh dipukul dengan gengster melayu sedangkan hanya seorang perempuan melayu tua.

 

Pisau kata “dah masuk kawasan orang..tak hormat penduduk dah tu tak mengaku kesilapan..memang dapat habuan la”

 

Manifesto BN #PRU13 #GE13

in Berita Nasional/Berita Utama by

20130406-232809.jpg

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup :

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar :

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:
* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. – BERNAMA

Pengerusi SPR Tempelak Anwar.

in Berita Nasional/Berita Utama by

Apa sudah jadi dengan Ketua Umum atau Anugerah Tuhan PKR, dalam masa mahu perlekehkan Perdana Menteri kononnya sudah habis mandat beliau juga secara tidak langsung mengaitkan Ketua menteri dan Menteri Besar negeri yang diperintah oleh haprak pakatan telah habis mandat .

Anwar cuba perbodohkan rakyat malangnya dia sendiri perlihatkan kebodohan diri sendiri. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendedahkan mandat kerajaan pusat masih sah sehingga 28 April 2013,ia bermula sebaik saja 28 April 2008 parlimen bersidang.

sprts

 


Pisau kata “jawatan PM masih sah.. ada fahamkah?”

Dokumen Bukti Cetus Huru Hara PRU13 Bakal Di Dedahkan

in Berita Nasional/Berita Utama by
wanted 2

Sejak 2 tahun yang lepas banyak artikel Pisau memberi pendedahan dan amaran akan perancangan Anwar dan aparatnya untuk mencetuskan huru hara pada PRU13 . Pendedahan yang Pisau buat seawal 2010 apabila beberapa kali mesyuarat sulit Anwar yang diadakan untuk mencetuskankan huru hara: Klik Sini, klik Sini , klik Sini ,klik sini wanted 2

Pendedahan yang bakal dibuat oleh TPM pasti akan mengemparkan kerana haprak pakatan akan melakukan apa saja asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, maklumat berhubung rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya dengan mencetuskan keadaan porak-peranda akan didedahkannya apabila tiba masanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas bila kepada pihak mana maklumat itu akan disalurkan.

“Nantilah sampai masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini hari ini.

Kelmarin ketika berucap di Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Muhyiddin mendedahkan bahawa pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudian menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam.

Beliau berkata, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

”Pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata. Saya sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahwa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak,” katanya – UM

Pisau kata “


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas
[%%LINKS%%]