Berita telus dan seimbang..

Tag archive

anwar

Saya Pilih Israel!

in Berita Nasional/Berita Utama by

Anda bebas membuat pilihan.. Samalah dengan bang non,dia pilih Israel berbanding Palestin atau pun Malaysia.

20130403-070625.jpg

Malaysia yang aman damai semahunya diporak perandakan,Di Sabah hasil air tangan bang non 10 orang anggota keselamatan terkorban. Itu pun haprak pakatan kata sandiwara.

Lebih teruk khawarij PAS pula kata mereka bukan syahid berbanding pengganas yang mati di Memali.

Pisau kata “aku pilih BN”

Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar

in Berita Nasional/Berita Utama by

20130403-060814.jpg

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara – Utusan

Hot! AMK Serang Ceramah Zul Nordin Di Permatang Pauh

in Berita Nasional/Berita Utama/Wilayah by

Semalam ceramah Yb Zul Nordin dan Zahid Mat Arip telah diserang oleh pengganas AMK dan ahli PKR Permatang Pauh,ceramah yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Guar Perahu yang dihadiri 600 orang telah diganggu ,dewan ceramah diserbu masuk lebih kurang 60 orang bersama ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali.

IMG_0160

Pembesar suara dirosakkan.

Ceramah yang bermula jam 9 malam tadi pada mulanya berjalan lancar namun terhenti jam 9.45malam sebaik saja kumpulan haprak pakatan menyerbu masuk ,mereka membaling telur busuk kearah orang ramai,telur busuk ada yang terkena warga mas dan juga wanita,malah pengganas pakatan turut merosakkan pembesar suara.

Ketakutan PKR Permatang Pauh semakin ketara sejak kehadiran ceramah Ummni Hafilda pada akhir tahun lepas kejadian yang sama turut berlaku. Jika PKR berasa Permatang Pauh adalah kubu kuat kenapa mereka cukup terancam apabila Zul Nordin dan Zahid Mat Arip 2 personaliti bekas orang kuat Anwar hadir mendedahkan kebenaran siapa Anwar.

Serangan yang dilakukan dengan harapan untuk menghentikan ceramah tersebut,jangkaan mereka silap apabila 2 penceramah Yb Zul dan Zahid Mat Arip langsung tidak gentar dan meneruskan ceramah mereka.

Polis menahan seorang pengganas apabila beliau telah menendang dan merosakan kereta polis.Pengganas tersebut dikatakan merayu hingga meleleh air mata minta dilepaskan.

20130318-061709.jpg

Pihak polis berjaya menghalau anjing anjing pakatan keluar dari kawasan sekolah,sehingga saat artikel ini ditulis ceramah telah tamat,namun kumpulan gengster haprak pakatan masih berkumpul diluar kawasan sekolah dan menghalang hadirin daripada keluar daripada kawasan sekolah .

IMG_0158

Anjing AMK bersama gerembolan haprak pakatan tidak berpuas hati apabila pihak polis berjaya mengawal keadaan ,haprak pakatan berkumpul sambil memaki hamun pihak polis.

Sebenarnya ini bukan baru di Permatang Pauh,keganasan dan kejahatan puak haprak ini berlaku sejak setiap kali Pilihanraya,di Permatang Pauh kubu kuat Anwar memang menjanjikan keganasan.

Ceramah anti haprak pakatan yang kerap dianjurkan ternyata membuka mata banyak pihak bahawa pengundi Permatang Pauh selama ini ditipu hidup hidup.

PKR Permatang Pauh bakal mampus bila PAS sendiri akan tikam mereka dari belakang…

IMG_0159Pisau kata ” Pemuda Umno Permatang Pauh yang pakai celoreng mana pi? hehe ?”

Yuktes Dedah Liwat 2.0 Memang Berlaku.

in Berita Nasional/Berita Utama by

Baru baru ini Pisau berkesempatan bertemu dengan Yuktes Vijay, apa yang didedahkan beliau dalam perbualan singkat memang amat mengejutkan. Perancangan dan segala muslihat Anwar dan barisan peguamnya bakal didedahkan dengan bukti dokumen dan juga perancangan membebaskan Anwar walaupun diketahui mereka memang kejadian liwat berlaku.2547203

Yuktes turut mendedahkan 10 pakar DNA menolak untuk menjadi saksi Anwar walaupun ditawar jutaan ringgit kerana bukti yang ada cukup kuat, beliau juga bakal mendedahkan bagaimana 2 orang pakar DNA dari Australia sanggup menerima tawaran dan dengan hanya ditugaskan untuk menimbulkan keraguan terhadap pembuktian dna.

Melihat kepada pendedahan dan pengakuan Yuktes amat mirip kepada pendedahan bekas peguam Anwar,YB Zul Nordin mengenai segala perancangan,strategi dan juga penipuan yang dilakukan yang nyata rakyat dan para penyokong Anwar sendiri ditipu hidup hidup.

Bagaimana,kenapa dan sebab seorang anak muda seperti Yuktes yang menjadikan Anwar sebagai idola sejak beliau kecil boleh terbuka fikiran dan nampak akan kejahatan Anwar bakal didedahkan tidak lama lagi.

 

Bekas pembantu kepada pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Yuktes Vijay, 25, mengesahkan beliau memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut.

Malah, peguam itu sekali lagi mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana banyak mendedahkan ‘cerita dalaman’ mengenai kes liwat menerusi dua pucuk surat tersebut bagi membolehkan dokumen berkenaan didedahkan di mahkamah.

Jelas Yuktes, tindakannya membuat pendedahan menerusi dua pucuk surat itu disebabkan tidak boleh lagi menerima permainan politik Anwar demi memastikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

“Saya mengakui ada menyimpan beberapa dokumen penting berkait kes liwat itu dan sebagai pihak yang terlibat dalam pasukan peguambela Anwar, saya lebih tahu cerita sebenar. Tetapi apabila mereka mula membawa bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim ini, sudah melampau.

“Inilah bapa yang sebelum ini merayu supaya kes Mohd. Saiful dibawa ke Mahkamah Rayuan, tetapi kini mendakwanya sebagai konspirasi. Memang saya menyokong Anwar, tetapi bukan begini politik yang saya ingin saksikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Yuktes yang juga pembantu kepada peguam Sankara Nair dalam kes liwat itu bertindak menghantar dua pucuk surat kepada beberapa portal berita propembangkang dan mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ yang sebelum ini dirahsiakan.

Menerusi surat itu, Yuktes mendakwa, Anwar tidak ada keberanian memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya memilih tidak memberi keterangan secara bersumpah walaupun sepanjang masa mendakwa tidak diberi perbicaraan adil.

Selain itu, Yuktes turut mempersoal mengapa Mohd. Saiful Bukhari diberikan layanan cukup istimewa seperti bilik sendiri dan mengikuti Anwar ke luar negara sedangkan beliau hanyalah kakitangan baharu.

Dalam pada itu, adakah bersedia dituduh dibeli oleh UMNO ekoran pendedahan itu, Yuktes berkata, pihak yang berfikiran sedemikian diminta membuat kenyataan terbuka.

“Saya minta mereka membuat kenyataan secara terbuka supaya mudah diambil tindakan undang-undang. Bukan semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit sebaliknya kesedaran ini timbul akibat perbuatan Anwar sendiri,” tegasnya – Utusan Malaysia

Pisau kata ” Hakim lepaskan Anwar bukan sebab beliau tak liwat,hanya dilepaskan sebab teknikal”

Video Hot! Aksi Makan Cucur Udang & Perbincangan Mendalam.

in Berita Nasional/Berita Utama by

Video ini adalah kompilasi daripada blog rajagoyang360   mendedahkan beberapa gambar yang  mirip pemimpin politik dinegara ini.Adegan yang dipaparkan bermula apabila seorang lelaki masuk ke bilik dan bertemu pasangannya.

Siapakah 2 lelaki ini? Anda kenal? Pisau rasakan ini adalah menteri daripada Burkina Faso kan? Kalau bukan siapa dia?

image

Pisau kata ” password dia “makan cucur udang” dan “perbincangan lebih mendalam”

Hot! Perjumpaan Sulit Ahli Parlimen BN Bersama Anwar!

in Berita Nasional/Berita Utama by
Ribbit

Seperti yang Pisau dedahkan mengenai perancangan Anwar:klik sini sebelum PRU13,selain merancang mencetuskan huru hara Anwar tidak serik dengan pembohongan 16 September kepada rakyat.Kita semua tahu 16 September seluruh haprak pakatan meroyan bagai kera hilang anak apabila dijanjikan Putrajaya melalui pintu belakang.

Sekali gagal tidak memberi apa apa kesan kepada politic animal seperti Anwar. Kelmarin berlaku satu perjumpaan sulit diantara Anwar dan beberapa Ahli Parlimen BN dan juga ahli Parlimen Bebas yang pernah keluar dari pakatan pembangkang. Perjumpaan yang dibuat secara tertutup ini berjalan hampir 3 jam di Kuala Lumpur.Ribbit

Anwar menawarkan kepada beberapa ahli parlimen ini RM10 juta setiap seorang untuk lompat parti selepas PRu13. Menurut sumber Pisau , Anwar sedar  PRU13 nanti pakatan tidak mampu menang berdasarkan rating beliau dan pengaruh persepsi terhadap pembangkan jatuh menjunam. Maka sebagai langkah persediaan Anwar telah merangka beberapa strategi yang pasti akan mengejutkan negara.

Semasa perbincangan tersebut berlangsung dengan mesra sekali kerana dikalangan mereka yang hadir adalah rakan lama Anwar dan juga pernah menjadi wakil rakyat pembangkang. Tawaran yang diberikan cukup besar dan mampu mengelapkan mata apatah lagi segelintir yang hadir memang diketahui punyai masaalah kewangan.

Separuh dibayar selepas penamaan calon dan separuh lagi akan dibayar selepas pengumuman lompat parti. Itulah syaratnya,perkiraan yang dibuat Anwar hanya mahu majoriti mudah untuk mengambil alih Putrajaya maka perjumpaan yang dihadiri oleh ahli parlimen ini menurut sumber adalah diperingkat fasa ke 3 setelah beliau turut mengadakan rundingan di Sabah dan Sarawak.

Kita boleh lihat disaat ambang PRU13 beberapa muka yang pernah menjadi orang kuat Anwar sudah kembali. Rahim Ghaouse dikatakan membawa berkarung karung wang dari Australia dan London. Malah menurut sumber pihak Kastam dibayar ratusan ribu untuk  menyeludup wang tersebut keluar dari KLIA.

Apa yang menariknya ,PI Bala membuat comeback setelah sekian lama melarikan diri turut didedahkan menerima RM700 ribu daripada Anwar untuk membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Begitu juga ayah kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini dituduh oleh CheguBard dan Anwar sebagai kaki judi dan mempunyai masaalah rumahtangga tiba tiba pulang kepangkuan PKR.

Pendedahan ini adalah sebahagian daripada maklumat eksklusif yang pasti akan memanaskan politik negara tidak lama lagi.

 

Baca Eksklusif! Kak Wan atau Nurul Bakal Di Tembak,Lakonan Pada PRU13 :KLIK SINI

 

Pisau kata ” CheguBard..  video hang dirakam budak sendiri apa cerita :-) ! “

 

Eksklusif! Kak Wan atau Nurul Bakal Di Tembak,Lakonan Pada PRU13

in Berita Nasional/Berita Utama/Rencana by
drama

Dalam artikel Pisau sebelum ini ada menyatakan akan satu skrip drama bakal dipersembahkan oleh PKR kepada rakyat. Bukan sebarang drama tetapi diselang seli dengan aksi aksi yang boleh kita lihat dalam filem tamil Kollywood. :Anwar diTembak KLIK SINI

Apa sebenarnya perancangan Anwar dan kuncu kuncunya.Eksklusif Pisau dedahkan secara terperinci apa yang bakal berlaku sebelum PRU13 nanti.

Perancangan berupa skrip konspirasi Anwar bakal ditembak telah diubah selepas Pisau dedahkan dalam artikel sebelum ini:klik sini , Kita sebagai rakyat pasti akan tertunggu tunggu apa skrip drama yang bakal dipersembahkan selepas ini.

drama

Pisau akan dedahkan satu persatu perancangan PKR untuk meraih simpati rakyat. Apa yang pasti PKR dan haprak pakatan sering kali anggap rakyat dinegara ini sebodoh para penyokong mereka.

 

1.Untuk menampakkan lagi kesan realistic daripada pengakuan Bapa Saiful, PKR telah merancang agar Anwar akan bersumpah, menurut sumber Pisau dari ibu pejabat PKR Tropicana. Anwar akan bersumpah “Demi Allah,Saya tidak buat apa yang Umno tuduh(meliwat Saiful.  Sumpah yang bakal dilafazkan oleh Anwar langsung tidak mengikut landasan yang ditetapkan oleh syarie. Namun akan dispin sebesar mungkin oleh para cybertrooper pakatan tidak lama lagi.

 

Menurut sumber Pisau,mereka telah selesai membayar 3 juta kepada seorang pegawai Badan Kehakiman untuk buat kenyataan bahawa memang kes Liwat Saiful Azlan adalah rekaan semata mata,Ini semua untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh bapa Saiful.

 

2.Selepas Pisau dedahkan perancangan Anwar berlakon ditembak,skripnya telah ditukar. Mangsanya adalah Wan Azizah atau Nurul Izzah . Perancangan ini adalah untuk meraih simpati rakyat kononnya Umno BN adalah zalim dan kejam. Kita boleh lihat bagaimana mereka cuba meraih simpati rakyat kononnya haprak pakatan teranaiya sedangkan kesemua ini adalah taktik meraih simpati dan meniup sentimen kebencian yang satu hari nanti bakal mencetuskan rusuhan besar besaran.

3. Bagi menutup kes selingkohan Anwar bersama seorang China Doll, Anwar akan keluarkan Jam Omega yang sama seperti jam Omega milik Anwar yang berada didalam simpanan Dato Eskay. Saat itu Anwar akan berkempen bahawa beliau telah difitnah dan menunjukkan kepada rakyat Jam Omega yang sebenar selama ini kononnya berada didalam simpanan Wan Azizah.

4. Sekarang ini menurut sumber Pisau, PKR sedang memujuk beberapa wakil rakyat bekas PKR yang keluar parti. Bayaran sangat lumayan,menurut sumber Pisau tawaran yang dibuat mencecah RM5 juta seorang. Mudah,mereka yang menerima bayaran daripada PKR hanya perlu membuat kenyataan bahawa mereka keluar parti kerana dibayar Najib

5. Manakala kekasih Anwar ,Azmin Ali  bakal menyiarkan video beliau bersama ibunya. Azmin akan siarkan kepada pihak media bahawa beliau bukanlah anak derhaka seperti mana yang didakwa oleh Ummi Hafilda . Menurut sumber Pisau, Azmin merakamkan video tersebut ketika ibunya sedang pengsan dan terlantar didalam wad hospital.

6. Sekarang ini proses memujuk beberapa orang peguam yang terlibat dengan kes Altantuya,berdasarkan jumlah wang yang sangat besar dibelanjakan kemungkinan besar pihak atasan polis hinggalah kebawah yang terbabit menyiasat  kes Altantuya turut terbabit.

Berdasarkan maklumat yang cukup hampir dengan Anwar,mereka yang dibayar hanya perlu membuat pengakuan dan memberi kenyataan “Memang Najin Yang Terlibat Bunuh Altantuya”

7. Menurut sumber Pisau, sekarang ini bekas pegawai kanan Rosmah baru selesai menerima sejumlah wang . Jumlah yang ditawarkan cukup untuk mengelapkan mata .Pegawai kanan ini sekarang ini dalam proses menghafal sejumlah skrip kononnya Rosmah dikaitkan terlibat dengan pelbagai skandal.

8.Akan mendedahkan muka mirip kepada Anwar dari Thailand dan akan mendedahkan lelaki itu dibayar oleh Umno untuk melakonkan aksi seks,menurut sumber dalam PKR Talent Scout dan Acting Coach telah dibayar ratusan ribu ringgit untuk mencari lelaki mirip Anwar,perancangan yang dibuat sejak tahun lepas telah berjaya.Ketika PRU13 Anwar akan mendedahkan sebelum penamaan calon atau sehari selepas penamaan calon.Malah Anwar turut akan bersumpah di Permatang Pauh nanti.

 

Kegagalan menggunakan PI Bala ,Deepak turut menjadi kesan perubahan perancangan yang sedang dijalankan. Kes Lahad Datu juga bakal menemui kegagalan apabila para blogger dan juga media berjaya mendedahkan siapa dalang disebalik serangan keatas SABAH.

 

Hayati Video ini..

Pisau kata ” tunggu dan lihat “

Kakitangan Awam Tempelak Najib!?

in Berita Nasional/Berita Utama/Rencana by
najib

Kenapa Najib sanggup membuat 10 perkara yang amat dibenci oleh pakatan. Sebenarnya yang menempelak Najib hanya kakitangan awam yang menyokong Anwar dan haprak pakatan. Kenaikan pangkat dan gaji sebenarnya adalah kewajipan pihak pemerintah tidak ada apa yang perlu dibangga dan dihairankan,itulah kata kata penyokong pakatan.najib

PM umum 10 perkara ‘berita baik’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ‘berita baik’ 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

– 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

– Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

– Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

– Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

– Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

– Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

– Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”

– Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

– Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)

Darah Anggota Keselamatan Hiburkan Anwar!

in Berita Nasional/Berita Utama by
pegawai

kawalSejak beberapa bulan yang lalu Anwar sudah membayangkan Sabah akan jatuh ke tangan beliau. Kita sebagai rakyat biasa sudah pasti tertanya tanya mana mungkin Sabah boleh jatuh ke tangan Pakatan haprak sedangkan sokongan terhadap BN cukup tinggi .

Rupanya insiden di Lahad Datu dan Semporna yang meragut nyawa anggota keselamatan dibayar dengan harga yang cukup mahal. Darah yang mengalir di bumi Sabah adalah menjadi galang ganti untuk memuaskan nafsu Anwar dan haprak pakatan untuk mendapatkan kuasa politik.

Pisau ada mendedahkan perancangan sulit black ops yang didalangi oleh CIA dan petualang yang mahukan Sabah dijadikan pengkalan tentera Amerika Syarikat. Amerika mahukan pengkalan di Asia Tenggara selepas kehilangan pengkalan Clark di Teluk Cebu.

Kuasa besar seperti Amerika Syarikat mahu menempatkan kekuatan tentera kononnya untuk mengimbangi kekuatan negara China. :Baca artikel penting ini !! Klik sini

Video dibawah menjadi bukti disetiap ceramah Anwar beliau bagaikan sudah tahu Sabah dalam gengamannya dan ini bertepatan dengan pendedahan Agensi Berita Antarabangsa Reuters Anwar terlibat secara langsung menjadi dalang kepada pertumpahan darah di Sabah.

Pisau kata ” Anwar sanggup lakukan apa saja ,nyawa rakyat jadi taruhan”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas