Home / Berita Utama / Berita Nasional / Surcaj Air Naik Kejayaan Terkini Guan Eng
Surcaj Air Naik Kejayaan Terkini Guan Eng

Surcaj Air Naik Kejayaan Terkini Guan Eng

“Syukur Alhamdulilah” inilah yang ayat yang pertama pasti keluar dari mulut pencinta dan mereka yang berimamkan Lim Guan Eng.

Ini sumbangan yang diberikan oleh regim DAP hingga ke pili air didalam rumah yang sukar dilakukan oleh kerajaan BN.

Rakyat Pulau Pinang menyuarakan sokongan yang tak berbelah bahagi apabila kadar surcaj dinaikkan sekali lagi kali kedua dalam tempoh 2 penggal pemerintahan Regim DAP.

Pisau berasakan ini adalah salah satu dividen yang diperolehi oleh para penyokong pakatan hasil undi yang mereka berikan kepada pakatan.

Kebijaksanaan Lim Guan Eng menekan rakyat dengan cara paling sistematik ini sudah pasti akan melonjakkan lagi jumlah pendapatan tahunan PBA berbanding zaman BN .Kejayaan ini sudah pasti akan war warkan di ceramah ceramah dan media haprak pakatan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 September ini.

Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.

“Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan air dan kita perlu fikirkan masa hadapan.

“Kedah juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air (Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun 2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012.

Dahulu Guan Eng kata berjaya mengurangkan hutang 600 juta sedangkan semua ini atas ehsan dari BN yang dipimpin oleh Najib.

Percayalah selepas ini biawak lidah bercabang ini tak lama lagi akan umum pula peningkatan jumlah pendapatan kerajaan negeri kononnya dividen anti rasuah..

Pisau kata ” Guan Eng… I know what u did with *****.. lu tadak takut sama Betty ka?”

About pisau

One comment

  1. SAJ lg mahal tariff nyer…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top