Home / Berita Utama / Berita Nasional / Stopa Spender Bakal Dihadap Jawatankuasa Displin- Haron Din

Stopa Spender Bakal Dihadap Jawatankuasa Displin- Haron Din

Gesaan Datuk Dr Haron Din agar Mustapha Ali disiasat dan dihadapkan kejawatankuasa displin pasti mengejutkan ramai pihak. Dalam masa Presiden parti mendakwa video perlakuan sex yang dikaitkan dengan Mustapha Ali adalah fitnah amat bercanggah sekali dengan Timbalan Mursidol Am PAS Haron Din.

20130416-051026.jpg
AIDCNews – 15/04/13 – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din mencadangkan agar kes yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti tersebut.

Kenyataan Dr Haron yang disiarkan dalam Malaysikini berkata Pas mempunyai mekanisme dalaman sendiri untuk menangani perkara itu, dan jawatankuasa tatatertib yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong perlu menanganinya secara bijaksana.

“Pas mempunyai mekanisme sendiri untuk mengatasi segala masalah, kita mempunyai pelbagai lajnah dan setiap lajnah mempunyai manual kerjanya sendiri. Contohnya Lajnah Tatatertib, di situ kalau wajar diambil tindakan, teruskan.

“Saya tiada kena-mengena dengan lajnah itu tetapi mereka lebih peka dan tahu kerja mereka, kalau perlu tindakan, mereka perlu buat, jika tidak berbaloi dilakukan, tidak ada faedah, maka mereka perlu ambil langkah tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti yang tersebar luas ketika ini.

Pisau kata ” kalau dah kata tak salah sebab apa nak hadap ke jawatankuasa tata tertib?”

About pisau

One comment

  1. MAKLUMAT VIDEO SEKS MUSTAFA ALI SENGAJA DIBOCORKAN PADA PIHAK UMNO – SUARAPAKATANRAKYAT.COM

    PENULIS sebenarnya tidak begitu gemar menulis perkara yang bakal didedahkan di bawah ini kerana ianya jelas tidak akan membantu perjuangan Pakatan Rakyat dan parti komponennya mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

    Tapi demi matlamat perjuangan yang lebih besar, penulis rasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini sebelum ianya menjadi barah yang bakal memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam.

    Sumber memaklumkan kepada penulis akan tindakan segelintir pemimpin dalam PAS (yang biasa digambarkan UMNO sebagai golongan ‘Anwarinas’), yang mengugut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dengan ugutan berbaur ‘pendedahan memalukan’ untuk memaksa beliau memberikan sokongan kepada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pada pemerhatian golongan ini, Mustapha Ali adalah satu-satunya pemimpin kanan PAS yang masih tinggal serta tidak sehaluan dengan perjuangan Anwar dalam Pakatan Rakyat setelah Hasan Ali (dipecat) dan Nasharudin Mat Isa (dikalahkan untuk jawatan Timbalan Presiden).

    Malah dikatakan bahawa Mustapha Ali secara terbuka menolak Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat tapi hanya bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

    Tindakan Mustapha Ali dilihat bakal menggagalkan kesatuan dan kesepaduan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang mampu memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Apatah lagi bila Mustapha Ali juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Maka itu golongan ini berpendapat, sesuatu perlu dibuat agar Mustapha Ali akan sentiasa mengikut telunjuk mereka dan pendekatan yang dipilih ialah dengan memanipulasi ‘kelemahan’ Setiausaha Agung PAS tersebut.

    ‘Kelemahan’ Mustapha Ali yang disebutkan di atas itu ialah merujuk kepada ‘kegemaran’ pemimpin tersebut menggunakan khidmat China Doll.

    Difahamkan bahawa banyak maklumat mengenai aktiviti ‘gelap’ Mustapha Ali ini telah diketahui dan kini menjadi bualan panas di kalangan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

    APATAH LAGI BILA PENULIS MENDENGAR, SEBAHAGIAN DARIPADA MAKLUMAT INI TELAH DIBOCORKAN DENGAN SENGAJA KEPADA UMNO UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG, BERTUJUAN MENAMBAHKAN TEKANAN KEPADA MUSTAPHA ALI.

    Disebutkan juga bahawa, jika Mustapha Ali masih berkeras menolak kepimpinan Anwar, golongan ini akan memastikan semua media PAS tidak mempertahankan beliau dalam menghadapi serangan dari UMNO tersebut.

    Itulah strateginya yang telah dirancang golongan berkenaan dan disampaikan kepada penulis. Sejauh mana benarnya dakwaan ini, penulis tidak pasti.

    Walaupun penulis mengalu-alukan sokongan tidak berbelah bagi dari parti komponen Pakatan Rakyat terhadap Anwar, itu tidak bermaksud penulis ‘redha’ dengan pendekatan seumpama ini.

    Penulis pernah merasa sendiri jerit perit mempertahankan Anwar dalam finah video seks yang didedahkan Trio Datuk T dahulu, dan penulis tidak mahu ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang berdepan dengan situasi yang sama.

    Dalam masa yang sama juga, penulis menggesa Mustapha Ali tampil dengan kenyataan menafikan ada terlibat dalam perbuatan seumpama itu, dengan kadar yang segera kerana setelah mendengar sendiri dari sumber, penulis yakin ada asas untuk beliau menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top