Home / Berita Utama / Berita Nasional / Status PR Pemilik Resort Boleh Di Tarik Balik – Menteri Tindakan Dalam Negeri
Status PR Pemilik Resort Boleh Di Tarik Balik – Menteri Tindakan Dalam Negeri

Status PR Pemilik Resort Boleh Di Tarik Balik – Menteri Tindakan Dalam Negeri

Kerajaan harus bertindak tegas terhadap pemilik resort di Sedili, bukan saja bebal membenarkan penganut budha menggunakan Surau kemudian isteri pemilik turut mengecam dan menghina penganut agama Islam kerana tidak mengamalkan pluralisme.

Zahid yang sekarang ini sinonim dengan gelaran Menteri Tindakan telah memberi bayangan akan mengambil tindakan terhadap rakyat Singapura yang kurang ajar apatah lagi tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

 

Status PR pemilik resort boleh ditarik balik – Zahid

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Status penduduk tetap (PR) pemilik sebuah resort di Sedili, Johor yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau dalam kawasan premis itu menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam boleh ditarik balik.

Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi maklum balas kepada Utusan Online berhubung tindakan pemilik resort berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

“PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai,” katanya ringkas.

Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Kota Tinggi gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain. – UTUSAN ONLINE

Pisau kata “tendang keluar dari Malaysia …”

About pisau

One comment

  1. Saya rasa memang patut orang orang seperti ini di keluarkan dari negara ini.Kerajaan mesti TEGAS jangan bagi peluang kedua.Mereka tak rasa takut dengan undang undang kita tapi undang undang negara dia,dia akur.

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top