Ketua Pengarah SPRM menghentam 3 negeri yang diperintah oleh pembangkang kerana cakap tak serupa bikin.

adakah ini cerminan betapa mereka ini hipokrit dan takut untuk berhadapan siasatan SPRM kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

 Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan  suruhanjaya  berkenaan pada awal tahun ini.

Katanya IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu-isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk  menunjukkan  komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Mengulas mengenai GERAH, Dzulkifli berkata program yang dilaksanakan sejak tiga bulan  lepas  itu menunjukkan kesan positif apabila terdapat peningkatan jumlah laporan yang diterima oleh suruhanjaya berkenaan daripada orang awam.- Bernama

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons