Sebelum ini, begitu banyak artikel dan berita di siarkan oleh Malaysiakini berkenaan Siti Hasnah Vangarama yang “terkejut ” beliau di Islamkan tanpa disedari. Malah begitu banyak serangan ,cacian maki hamun dilontarkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan tidak langsung diberi pembelaan. klik sini , klik sini , klik sini

Malah yang paling menarik sekali Parti isle PAS pun tutup mulut,tidak langsung memberi sebarang respon.Barangkali tidak berani bersuara atau pun tidak mahu terbabit dengan kerja PKR untuk menyerang Artikel 11 Perlembagaan.

Yang menjuarai kes ini adalah seorang peguam dari PKR Gooi Hsiao Leung,beliau begitu bersungguh sungguh untuk perjuangkan hak Siti Hasnah agar disahkan sebagai seorang Hindu. Mereka mempertikaikan bagaimana Siti hasnah di tukarkan agama tanpa pengetahuannya.

Gooi Hsiao Leung

Sila baca laporan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

untuk menjawap segala persoalan:

Keep Reading

[2] LATAR BELAKANG KES

2.1 Pengislaman penama telah dibangkitkan dalam Malaysiakini.com pada 19 November, 2009 yang melaporkan hasrat penama yang beragama Islam untuk menukar status agamanya kepada Hindu bagi membolehkan penama mendaftar perkahwinan beliau dengan seorang lelaki India beragama Hindu. Timbul dakwaan bahawa penama telah diIslamkan ketika berumur 7 tahun apabila sijil Akuan Masuk Islam dikeluarkan pada 28 Disember, 1989 tanpa kebenaran ibu bapa penama. Timbul juga persoalan bagaimana penama berumur 7 tahun ketika itu boleh menandatangani surat Akuan Masuk Islam. Penama juga terperanjat apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara memberitahu bahawa beliau seorang Islam apabila beliau ingin mendaftarkan perkahwinan dengan seorang lelaki berbangsa India beragama Hindu (Malaysiakini, 19 November, 2009).

[3] KRONOLOGI KES

3.1 13 Ogos, 1982. Penama dilahirkan di Kongsi Ladang Blok 8, Karatong, Pahang. Ibunya bernama Latchumy a/p Ramadu (nama Islam Siti Aisyah) dan meninggal dunia 25 Disember,1989, dikebumikan di Kawasan Perkuburan Qaryah Bagan Lebai Tahir, Butterworth manakala ayahnya bernama Subramaniam a/l Bangaraiah (nama Islam Mohd Yusof) dan meninggal dunia pada 2004, dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teh, Bukit Mertajam. [Lampiran 1 – Sijil Kelahiran penama].

3.2 30 November,1983. Kedua ibubapanya telah memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Pahang pada 30 November, 1983. [Lampiran 2 : Sijil Akuan Orang Yang Memeluk Agama Islam, Surat Akaun Bersumpah, Pengesahan Pemelukan Agama Islam dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang bertarikh 9 Januari, 1990 dan 26 November, 2009] .

3.3 Pada tahun 1988. Kedua ibubapanya dan 4 anak mereka (Mohd Ali, Mohd Rasul , penama dan Siti Khadijah) berhijrah dari Rompin, Pahang ke Kepala Batas, Pulau Pinang sekitar tahun 1988 menziarahi ibu saudara sebelah ibunya dan tinggal sementara di sana. [Perbualan percakapan dengan abang penama : Mohd Ali bin Mohd Yusof bertarikh 29 November, 2009 , jam 11.10 pagi dan Puan Shabariah bt Abu Bakar bertarikh 1 Disember, 2009, jam 9.30 pagi]. Keluarga penama telah keluar dari rumah ibu saudara mereka dan hidup dalam keadaan susah sehinggakan mereka sanggup tinggal di kawasan Pasar Cina (tempat jualan daging Khinzir ) di Pekan Kepala Batas. [Percakapan melalui telefon dengan Puan Shabariah bt Abu Bakar pada 1 Disember,2009,jam 9.30 pagi]. Mereka sekeluarga telah pergi ke Pejabat Agama Islam daerah Kepala Batas untuk meminta bantuan dengan menyatakan mereka sekeluarga telah memeluk Islam.

3.4 Puan Shabariah binti Abu Bakar (ketika itu Pembantu Tadbir bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah Kepala Batas) membantu keluarga ini dengan memberikan makanan dan bantuan berbentuk kewangan. [Percakapan Ustazah Hanidawati Hafiza Ng dengan Puan Shabariah bt Abu Bakar bertarikh 26 November, 2009 bertempat di TH-1, Lorong 8,Taman Seri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah dan percakapan dengan Ustaz Mohamad Fazli dengan Puan Shabariah binti Abu Bakar 29 November, 2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga]. Menurut Puan Shabariah lagi kedua ibubapa penama merupakan keluarga yang daif, pemabuk dan hidup susah disebabkan kemiskinan.



3.5 Tahun 1989. Ekoran kesusahan yang dialami, dan tiada tempat tinggal, mereka adik beradik telah dihantar oleh ayah penama ke SRJK (T) Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang dengan bantuan Tukang Gunting Rambut Brother. [Percakapan Mohd Ali, bertarikh 29 November,2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah]. SRJK (T) Ramakrishna juga menempatkan anak-anak India yang miskin dan yatim. Ayah dan ibu penama dan seorang lagi adik mereka Siti Khatijah (ketika itu masih menyusu badan) masih tinggal di sekitar Kepala Batas.

3.6 28 Disember, 1989. Sijil Akuan Masuk Islam penama dikeluarkan. [Lampiran 2 – Sijil Akuan Masuk Islam]. Pada ketika itu pendaftaran masuk Islam dijalankan oleh PERKIM di hadapan Kadi. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mendaftarkan orang masuk Islam mulai tahun 1999 apabila Kaedah-Kaedah Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Orang Masuk Islam (Pulau Pinang) Tahun 1999 diwartakan.




3.7 Tahun 1990. Kemasukan adik beradik tersebut ke SRJK (T) Ramakrishna telah sampai ke pengetahuan Puan Shabariah melalui ibu penama lalu berita tersebut telah dimaklumkan kepada Ustaz Muhamad Abdul Karim bin Wahab (ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Ukhuwah) . Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Tuan Haji Mohd Yusoff bin Rejab mengarahkan sepasukan Penguatkuasa yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yusoff bin Abu Bakar (ketika itu Ketua Penguatkuasa ) untuk mengambil adik beradik tersebut memandangkan mereka adalah anak orang Islam. [Perbualan telefon dengan Us Mohd Yusoff bin Abu Bakar bertarikh 30 November, 2009] . Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama pihak polis telah berjaya membawa keluar adik beradik tersebut dari SRJK (T) Ramakrishna setelah perbincangan diadakan di antara Allahyarham Ustaz Mohd Khir (ketika itu bertugas sebagai Kadi Bandaraya) dengan pentadbiran sekolah di sana dan mereka diserahkan kepada Tuan Haji Raimi.

[Lampiran 3 – surat persetujuan ayah penama kepada Petadbiran SRJK (T) Ramakrishna untuk mengeluarkan anak-anaknya dan diserahkan kepada Tuan Haji Raimi bin Abdullah bertarikh 9 Jan,1990] .

3.8 Semasa dalam jagaan Tuan Haji Raimi, ketiga-tiga mereka telah dimasukkan ke Sekolah Agama Masriyah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. [Percakapan Tuan Haji Raimi bin Abdullah bertarikh 29 November, 2009 di Kompleks Darul Hidayah dan juga pengakuan yang dibuat oleh Mohd Ali bin Mohd Yusof, pada 29 November, 2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah]. Disebabkan prestasi kanak-kanak tersebut tidak memuaskan, Mohd Ali dan Mohd Rasul telah berhenti dari pengajian dan Tuan Haji Raimi telah menyerahkan kepada Puan Shabariah. Tidak berapa lama kemudian, penama telah melarikan diri daripada sekolah tersebut dan tinggal kembali dengan Tuan Haji Raimi.



3.9 Disebabkan tidak tahan dengan sikap penama yang suka mencuri dan beberapa tabiat buruk lain, Tuan Haji Raimi telah menyerahkan kembali penama kepada Puan Shabariah. Puan Shabariah telah menjaga Mohd Ali, Mohd Rasul dan penama sementara beliau merujuk perkara ini kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda.

3.10 Pada 5 Mac, 1990. Penama dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas bersama-sama dua orang abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) dan pada 6 Mac, 1990, penama diserahkan semula untuk penjagaan Tuan Haji Raimi.

Pada 14 Mac, 1990. Abang penama (Mohd Ali bin Mohd Yusof diserahkan untuk penjagaan Haji Hassan @ Osman b. Yaakub (Naib Kadi Penaga) beralamat 1065, Bakar Kapor, Penaga manakala (Mohd Rasul bin Mohd Yusof) diserahkan untuk penjagaan Encik Jamal bin Morad beralamat 482F, Kampong Bukit Kecil, Jalan Pantai Merdeka.

3.11 Pada 3 April, 1991. Penama dimasukkan semula ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 .

3.12 8 Ogos, 1998. Penama telah melarikan diri dari Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas. Menurut laporan perkembangan diri penama, penama sering menimbulkan masalah di kalangan rakan-rakan dan kakitangan bertugas di sana. Sikapnya yang suka melaga-lagakan rakan-rakannya dan gemar bercakap bohong.

3.13 13 Ogos, 2000. Penama telah mencapai usia 18 tahun dan nama penama telah dipotong dalam buku kedatangan institusi dan fail kes penama ditutup. [Lampiran 4 Laporan Kes Siti Hasnah yang disediakan oleh Rumah Kanak-Kanak Taman bakti, Kepala Batas] .

3.14 19 April, 2008. Penama hadir berpakaian baju kurung ke kenduri perkahwinan adik perempuan (Siti Khadijah) di rumah Puan Shabariah di Sungai Petani dan penama mengaku masih beragama Islam apabila ditanya oleh Puan Shabariah.

[4] PENGISLAMAN PENAMA

Berdasarkan kepada kronologi di atas, penama adalah seorang beragama Islam sebelum Sijil Akuan Masuk Islam bertarikh 28 Disember, 1989 dikeluarkan atas keterangan berikut :

4.1 Pengislaman Ibu & Bapa

Ayah penama Subramaniam a/l Banggaraiah (nama Islamnya Mohd Yusof bin Abdullah) telah memeluk agama Islam bersama-sama isterinya Latchumy a/p Ramadu (nama Islamnya Siti Aishah binti Abdullah) pada 30 November, 1983 di Rompin, Pahang dan didaftar pengIslaman masing-masing No.78/83 (bagi Siti Aisyah) dan No.79/83 (bagi Mohd Yusof) oleh Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Negeri Pahang. Ayah dan ibu penama juga telah membuat Surat Akuan bertarikh 30 November, 1983 masuk Islam bersama-sama 5 orang anaknya, 3 lelaki dan 2 perempuan. Menurut Seksyen 101 Bahagian VI – Muallaf, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, Tahun 1982 yang menyebut “tiada sesiapa pun yang di bawah umur delapan belas tahun melainkan dengan kebenaran ibubapa atau penjaganya boleh didaftarkan untuk ke Ugama Islam :

Dengan syarat jika ibu, bapa atau yang memelihara anak itu masuk ke Ugama Islam atau jika anak-anak itu dijumpai terbiar dan tiada diketahui ibubapanya maka bolehlah anak-anak itu didaftarkan masuk berugama Islam.”

4.2 Keterangan Orang-Orang Pernah Memelihara / Menjaga Penama

4.2.1 Puan Shabariah binti Abu Bakar, bekas Pembantu Tadbir, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bertugas di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas (dari 1984 hingga 1996) telah mengenali ibu bapa penama sebagai orang Islam apabila sering meminta bantuan kewangan dan makanan. Puan Shabariah pernah memelihara adik beradik penama iaitu Mohd Ali, Mohd Rasul dan Siti Khadijah. Puan Shabariah juga telah membantu mengeluarkan penama dan abang-abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) dari SRJK (T) Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang. Tindakan Puan Shabariah ini adalah atas kesedaran bahawa penama dan adik-beradiknya adalah anak orang Islam yang ditempatkan di bawah jagaan pihak bukan beragama Islam. Puan Shabariah telah memelihara adik penama bernama Siti Khadijah bagi tempoh yang lama sehingga mengahwinkannya dengan seorang beragama Islam. Pada hari perkahwinan Siti Khadijah (adik penama), 19 April, 2008, di rumah Puan Shabariah, penama telah hadir dan apabila ditanya oleh Puan Shabariah penama mengakui beliau masih beragama Islam.

4.2.2 Tuan Haji Raimi bin Abdullah pernah memelihara penama serta memasukkan penama dan abang-abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) belajar di Sekolah Agama Masriyah, Bukit Mertajam. Tuan Haji Raimi juga bersama Puan Shabariah telah mengeluarkan penama dan adik beradiknya dari SRJK (T) Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang kerana menyedari mereka beragama Islam. Tuan Haji Raimi telah menyerahkan Mohd Ali dan Mohd Rasul untuk penjagaan Puan Shabariah apabila kedua-dua adik beradik tersebut tidak lagi belajar di Sekolah Agama Masriyah. Penama masih dipelihara oleh Tuan Haji Raimi dan meneruskan pengajian agama di sekolah agama tersebut. Menurut Mohd Ali (abang penama), penama lebih pandai belajar agama berbanding dengan abang-abangnya walaupun penama akhirnya juga keluar dari sekolah tersebut dan tinggal di bawah jagaan Tuan Haji Raimi.

4.3 Keterangan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas.

4.3.1 Mengikut data kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, pada 5 Mac, 1990, penama dicatitkan sebagai Siti Hasnah binti Mohd Yusof berumur 8 tahun (tiada surat beranak), beragama Islam dan berbangsa India. Pada 13 Ogos, 2000, nama penama telah dipotong dalam buku kedatangan institusi kerana penama telah mencapai umur 18 tahun.

4.4 Keterangan Saudara Kandung Penama



4.4.1 Encik Mohd Ali, abang penama mengakui bahawa beliau dan semua adik beradik adalah beragama Islam sejak ibu bapa mereka beragama Islam walaupun dari segi amalan agama agak lemah. Kesemua adik beradik penama masih beragama Islam tetapi penama didapati telah berkahwin dengan seorang lelaki India beragama Hindu dan tinggal di Tanjung Piandang, Perak. Berdasarkan kepada pengakuan Encik Mohd Ali, adiknya (penama) ingin kembali hidup sebagai seorang Islam tetapi telah terperangkap dengan hidup bersuami dan berkeluarga dengan lelaki beragama Hindu.

4.5 Keterangan Jabatan Pendaftaran Negara

4.5.1 Mengikut rekod kad pengenalan penama dan adik beradiknya menunjukkan status agama mereka adalah beragama Islam. [Lampiran 5 – Salinan Kad Pengenalan]

[5] KESIMPULAN

5.1 Berdasarkan keterangan di atas, penama adalah seorang yang beragama Islam sejak dari kecil apabila ibu bapanya menganut agama Islam di Rompin, Pahang. Penama sepatutnya menyedari beliau adalah seorang beragama Islam apabila pernah hidup bersama dengan adik beradiknya yang beragama Islam dan pernah tinggal di bawah jagaan Tuan Haji Raimi dan Puan Shabariah. Tambahan pula penama pernah belajar agama di Sekolah Agama Masriyah, Bukit Mertajam bersama abang-abangnya sebelum ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas. Penama sepatutnya mengetahui dirinya seorang Islam apabila melarikan diri dari Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti ketika berumur 16 tahun. Timbul persoalan bagaimana penama boleh melarikan diri dari kehidupan sebagai seorang Islam sedangkan beliau seorang Islam.

5.2 Kenyataan yang diberikan oleh penama yang beliau terperanjat apabila diberitahu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (Malaysiakini.com, pada 19 November, 2009) yang beliau beragama Islam adalah mengelirukan kerana beliau telah mengakui dirinya Islam kepada Puan Shabariah semasa hadir di hari perkahwinan adiknya, Siti Khadijah pada 19 April, 2008.

5.3 Kesusahan hidup penama serta keluarganya menyebabkan kehidupan mereka tidak menentu serta tidak mendapat pendidikan agama Islam yang sewajarnya hingga menyebabkan amalan seorang Islam tidak dapat disempurnakan.

5.4 Walaupun status agama penama telah ditentukan sebagai seorang Islam tetapi masalah kehidupan berkahwin dengan seorang bukan beragama Islam tidak dapat diselesaikan selagi penama tidak kembali ke agama Islam bersama keluarganya.

5.5 Isu Sijil Akuan Masuk Islam yang dikeluarkan kepada penama pada 28 Disember, 1989 adalah untuk pengesahan pengislaman seseorang sebagai dokumen untuk tujuan berurusan dengan lain-lain jabatan. Sijil Akuan Masuk Islam yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada Sijil Masuk Islam kedua ibu bapanya yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 30 November, 1983 dan Surat Akuan Bersumpah bapanya pada tahun itu. Surat Akuan Masuk Islam ini tidak bermaksud untuk mengislamkan penama ketika berumur 7 tahun sebagaimana yang didakwa.


Disediakan :

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

3 Disember, 2009

Pisau telah meniliti kes Siti Hasnah seperti kes Lina Joy, apa yang dapat disumpulkan,jika mereka berjaya memenangi kes ini, maka kes ini akan dijadikan sandaran untuk menyerang Artikel 11 Perlembagaan,

Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Kes ini menarik perhatian ramai dan Siti Hasnah menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain). Kesan kepada status dan peranan “ISLAM” di dalam Malaysia.

1. Artikel 3 : Islam sebagai Agama Persekutuan akan tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

2. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.

3. Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kesSiti Hasnah dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

4. Artikel 160 — MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan kes Siti Hasnah bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu.



Kesan kepada Institusi-institusi di bawah naungan Raja-raja Melayu

1. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja¬raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

2. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.

3. Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsiran dia sendiri, dan tidak ada mana-mana institusi seperti Majiis Raja-raja, Majiis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam dll. tidak ada hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dsb

Siti Hasnah dimurtadkan dan diperangkap,apa tindakan anda? NGO NGO sila ambil perhatian.

Pisau kata ” mana ada PAS perjuangkan Islam,bohong saja tu”

It's only fair to share...

pisau

10 Comments

  • Reply
    09/12/2009

    TAHNIAH PISAU !!!!!!!!!! beginilah cara kita MENCABAR KEWIBAWAAN SOSIALIS DEMOKRAT KEPARAT, MEMBONGKAR SEGALA PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN MEREKA ! PERJUANGAN HAK SAMARATA MEREKA YG KOSONG DAN HAMBAR ! MEREKA SEKADAR BERETORIK ! MEREKA ADALAH PENZALIM YG SEBENAR ! PEMUSNAH AGAMA ISLAM YG SEBENAR ! MEMPERJUANGKAN HAK SAMARATA DI LANDASAN YG SLAAH DGN MENIMBULKAN KONTROVERSI PALSU ! MEMBERI GAMBARAN PALSU UNTUK MENCEMARKAN MARUAH ISLAM DAN MENCABAR ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DENGAN CARA YG AMAT CELA DAN JIJIK ! INILAH RUPA SEBENAR KEPALA SOSIALIS DEMOKRAT KEPARAT ITU !!!

    Sosialis demokrat keparat ini sebenarnya agen-agen pemusnah keharmonian perpaduan dan muhibbah rakyat Malaysia.

    Mereka selalu melaga-lagakan orang Islam dengan orang bukan Islam. Jika mereka benar-benar IKHLAS DAN JUJUR dalam perjuangan menegakkan hak samarata, mereka akan mencara jalan penyelesaian terbaik dan elok tanpa memprejudiskan dan mencabar ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

    PERLU DIINGATI bahawa puak SOSIALIS DEMOKRAT tidak terlibat semasa penderafan PERLEMBAGAAN MALAYSIA, puak ini muncuk terkemudian drp itu, OLEH ITU MEREKA TIDAK BERHAK MENTAFSIR DAN MENTERJEMAH PERLEMBAAGAN MALAYSIA ! SEBAB MEREKA ADALAH JAHIL TENTANG SEMANGAT KEADILAN YG ADA DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

    Perlakuan dan perbuatan LGE dalam urustadbir MAIPP adalah bersalahan dengan kuasa-kuasanya sebagai KETUA MENTERI PP YG HANYA BERTINDAK SEBAGAI KEPALA PENTADBIRAN DAN BUKAN SEBAGAI KEPALA AGAMA !

    Perbuatan LGE mencampuri urusan tadbir TANAH WAKAF melalui kuasa eksekutifnya sebagai EXCO adalah melanggar KEDAULTAN UNDANG-UNDANG ( RULE OF LAW) yg kononnya pihak sosialis demokrat keparat ini menjunjung tinggi.

    Oleh itu, marilah kita membongkar kembali FAHAMAN SOSIALIS DEMOKRAT KEPARAT YG DI PERJUANGKAN OLEH PARTI ROKET INI !

    Nyata dan jelas , pihak SOSIALIS DEMOKRAT tidak menjaga kepentingan umat Islam dan hanya berminat untk menterjemah dan mentafsir ISLAM ACUAN SOSIALIS DEMOKRAT !

    PAS , PKR PULAU PINANG DAN PERINGKAT KEBANGSAAN ! MANA KORANG ?

  • Reply
    Anonymous
    10/12/2009

    PAS sebenarnya takut kat DAP. nak jaga rakan subahat penghina Islam. PAs n PKR pun subahat tu dalam pemerangkapan dan pemurtadan Siti Hasna?!

    • Reply
      Vanggarama a/p subramaniam
      07/12/2017

      Lidah tak bertulang

  • Reply
    Anonymous
    10/12/2009

    pas lahabau, berugama demi mempergunakan islan dan diperkudakan oleh dap sewenang wenangnya..penakut..

  • Reply
    Anonymous
    10/12/2009

    pas bacuuuuuuuuuuuuuuul

  • Reply
    Anonymous
    10/12/2009

    pas penggadai islam

  • Reply
    jad
    11/12/2009

    mungkin benar …pas tidak takut dan risau kalau orang Islam dimurtadkan, tapi sangat risau dan khuatir kalau kafir DAP di Islamkan.

  • Reply
    14/12/2009

    PAS dah lama jadi bacul & penyundal politik,berani hanya sesama bangsa & seagama.

  • Reply
    23/12/2009

    Tahniah bro..mantap…
    so apa PAS nak kata? mana perjuangan Islam depa? cilaka semua tu.

    kita akan kuburkan mereka semua. bangsat

  • Reply
    23/12/2009

    pas dah lama tinggalkan perjuangan islam,sekarang ni dah liberal

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons