Sistem pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bersumberkan sistem pemilihan komunis merupakan punca parti itu sentiasa bermasalah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (Ros).


Kebanyakan parti-parti politik di Malaysia mempraktikkan sistem pemilihan berasaskan jawatan, namun DAP memilih 20 Anggota CEC dan anggota-anggota yang dipilih itu akan menentukan jawatan-jawatan yang bakal disandang oleh pemenang di kalangan 20 anggota tersebut.

AIDC dalam buku “DAP bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia” (2017) mendedahkan sistem pemilihan yang diamalkan DAP adalah warisan Marxsisme-Leninisme dari Parti Komunis Rusia.

Malah, kosa kata ‘CEC’ singkatan daripada ‘Central Executive Committee’ merupakan satu sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Vladimir Lenin, komunis revolusioner, pengikut ajaran Marxis.

Lenin ketika merangka undang-undang Parti Komunis Rusia telah meletakkan kedudukan CEC sebagai kuasa paling tinggi mentadbir parti selepas Kongres Parti.

Sistem pemilihan CEC Lenin berkembang ke Timur melalui Mao Zedong (Mao Tse-tung) yang diubah suai mengikut budaya setempat membentuk Parti Komunis China.

Secara teorinya, struktur Parti Komunis China, CEC merupakan badan tertinggi parti selepas Kongres Kebangsaan yang bermesyuarat sekurang-kurangnya lima tahun sekali.

Di bawah bidang kuasa CEC pula mengandungi lima badan lain, iaitu Politburo, Sekretariat (mekanisme pentadbiran utama yang diketuai oleh Setiausaha Agung) , Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dan Jawatankuasa Pusat Pemeriksaan Disiplin (bertanggungjawab membasmi rasuah dan ketakpatuhan di kalangan kader-kader parti)

Di bawah pengawal CEC juga terdapat lima jabatan lain iaitu Pejabat Am, Jabatan Pertubuhan Pusat, Jabatan Propaganda Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Jabatan Barisan Bersatu atau CUF (Communist United Front).

Ideologi Marxsisme-Leninisme dan Maoisme mula merebak ke Asia Tenggara, ke Indonesia (Parti Komunis Indonesia) pada tahun 1921, Indochina (Parti Komunis Indochina), Malaya (Parti Komunis Malaya) dan Filipina (Parti Komunis Filipina) pada tahun 1930 serta Burma (Parti Komunis Burma) dan Thailand (Parti Komunis Thailand) pada tahun 1939 dan 1942.

“PKM diketuai oleh CEC yang terdiri daripada dua belas hingga lima belas orang ahli. Kira-kira enam ahli CEC telah dilantik sebagai ahli Poliburo yang menggerakkan parti apabila CEC tidak bersidang. Setiap negeri mempunyai CEC Negeri dan seterusnya dibahagikan kepada beberapa daerah. Unit terkecil organisasi PKM adalah Sel Parti, yang biasanya terdiri daripada ahli-ahli dari satu kawasan tempat kerja atau kampung. Kongres Parti telah diadakan secara berkala.”

24 tahun selepas PKM ditubuhkan, pada 21 November 1954, Kuan Yew pula menubuhkan PAP di Singapura.

Wikipedia Central Executive Committee (PAP) menyebut “struktur organisasi PAP mempunyai akar dari Leninisme (Parti Komunis Rusia) di mana sekumpulan ahli elit PAP dikenali sebagai kader memilih 18 ahli CEC dari senarai calon”

CEC adalah jawatankuasa jawatankuasa tertinggi dalam PAP, di mana pemusatan kuasa dalam parti terletak pada jawatan Setiausaha Agung, suatu jawatan yang paling berkuasa dalam PAP.

CEC berfungsi untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan-jawatan penting parti dan membentuk jawatankuasa kecil yang dilantik iaitu hubungan pilihan raya, pendidikan, maklumat, anugerah PAP, pendidikan politik, publisiti & penerbitan, hal ehwal sosial & rekreasi dan hal Ehwal Melayu.

“Pada tahun 1971, Mis Pang Cheng Lian dalam tesis sains politiknya, berkenaan PAP: Sejarah, Organisasi dan Kepimpinan (Oxford University Press), menerangkan sistem mengundi CEC parti itu sebagai ‘sistem tertutup’, di mana ‘kardinal melantik paus dan paus melantik kardinal’.”

Menurut sg-truth, walaupun Kuan Yew digambarkan sebagai ‘membenci komunis’ tetapi tidak menghalang pengaruh komunis berkembang dalam partinya itu.

“PAP tidak demokratik. Struktur dan operasi parti itu seperti sebuah parti komunis. Pertama, sistem kader. Ahli biasa mempunyai tanggungjawab (patuh kepada parti) tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi. Hanya mereka yang terpilih dan dinaikkan pangkat menjadi kader mempunyai hak untuk mengundi di peringkat CEC parti. Proses penamaan dibuat secara rahsia. Operasi CEC juga dibuat secara rahsia.”

12 tahun selepas penubuhan PAP di Singapura, pada 18 Mac 1966 tertubuh pula DAP di Malaysia, parti yang meletakkan CEC sebagai badan tertinggi selepas Kongres Parti.

Sistem pemilihan dalam DAP hampir sama dengan PAP kerana perlembagaan DAP disalin bulat-bulat daripada perlembagaan PAP dengan beberapa pengubahsuaian mengikut budaya setempat.

Memetik pendedahan blog DAP Insider sistem pemilihan seumpama itu menyebabkan pemilihan DAP mudah dimanipulasi khususnya oleh Keluarga Lim yang merujuk kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

“Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.”

“Perlembagaan DAP… juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain.

“Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

“Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain.

“Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

“Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihan raya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

“Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.” – AIDC

It's only fair to share...

pisau

2 Comments

  • Reply
    Ann
    08/07/2017

    DAP mulut cakap demokrasi tapi yg dibuatnya cara kominis. Mereka ini selalu mempermain2kan peraturan dan sistem perundangan negara. Perlu ada penguatkuasaan yg tegas.

  • Reply
    Lily
    08/07/2017

    SPRM patut buat siasatan kenapa ROS mengambil masa enpat tahun untuk buat keputusan yang telalu mudah.

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons