Home / Berita Utama / Berita Nasional / Serangan Malaysia ke atas Kota London Dan Hampir Berperang Dengan US

Serangan Malaysia ke atas Kota London Dan Hampir Berperang Dengan US

Pisau menerima email daripada pembaca,Sama sama kita lihat bagaimana kebijaksanaan Tun M dapat menundukkan dua kuasa besar British dan US.Kepada penulis artikel ini Pisau ucapkan tahniah kepada anda kerana mengingatkan kembali sejarah yang seluruh rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak sedar akan pengorbanan para pemimpin Umno & BN.tun mahathir

ULANGKAJI SEJARAH Perjuangan & Jasa TUN M yg mungkin dilupa oleh generasi Y:

Nama beliau ialah Margaret Thatcher. SIAPA DIA NI..?? Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, “Serangan Subuh.” Pada September 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.

Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British. Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya “Serbuan Menyingsing Subuh” dan “Serangan Malaysia ke atas Kota London” yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia. Hingga PM Britain Margerat Thactcher sendiri  ke KL terpaksa mengadap Tun M. Belum masuk cerita Sudan Oil lagi macam mana Petronas boleh jadi kuat di serantau Afrika dan bagaimana US nak isytihar perang dengan Malaysia sebab isu ini.

Tahun ’88, apabila negara Sudan mula stabil dan hendak majukan negara, ada tawaran dari negara luar untuk bantu pihak kerajaan Sudan majukan carigali minyak, sebab Sudan tidak ada modal dan kepakaran sendiri. Mula-mula US datang bersama Texas Oil untuk buat research selama 3 bulan. Lepas tu US kata minyak di Sudan tak berbaloi untuk dibangunkan. Tapi Sudan tak puas hati sebab dia percaya bahawa minyak di negaranya memang banyak. Negara lain tak berani masuk sebab US semacam dah bagi signal jangan masuk. Tapi Petronas saja yang berani masuk untuk buat research. Melalui kajian Petronas terdapat simpanan minyak di Sudan antara terbesar di dunia. Bila kapal-kapal dari Malaysia nak turun ke Sudan, US buat blockade kat international water sempadan Sudan.

Kalau Malaysia masuk jer, isytihar perang dengan US. Time tu CEO Petronas kata nak patah balik, tapi Mahathir kata go on, nanti dia setelkan. Rupa-rupanya, Mahathir ke China utk masukkan China sebagai joint-venture dlm projek Sudan Oil. China buat piping. Sebab masukkan China, US terus buka laluan untuk kapal Malaysia masuk dan deal yang Malaysia buat dengan Sudan sangat sangat menekan syarikat minyak yang lain. Standard deal yang masa tu adalah 70% profit untuk syarikat dan 30% profit untuk negara tersebut.Petronas punya deal 15%,Negara tersebut dpt 85% tapi hanya 25% diberi dalam bentuk kewangan.

Yang baki tu Petronas akan bertanggung jawab untuk majukan bandar, buat sekolah, infrastruktur dan sebagainya. Sebab kalau bagi cash, orang Sudan ni akan beli senjata tembak sama sendiri jer. Deal macam ni tak pernah di dengar dan mulalah negara Afrika offer job kat Petronas sehinggakan jadi foreign oil company no.2 terbesar interms of kawasan di dunia… Mana tak Rothschild, Rockefeller dengan Soros tak bengang pada Malaysia… Sekian utk renungan……

Pisau kata ” Anwar sebolehnya nak gadai negara pada IMF”

About pisau

18 comments

  1. Terima kasih Tun atas jasa-jasa anda terhadap anak bangsa Malaysia selama ini…

  2. pisau, ko dah baca memoir Tun takkan tak perasan dah tulis pasal ni?

  3. rupanya bnayk jasa tun yg aku x tahu ne…so Pisau blh x keluarkan artical yg mcm ni…setidknya aku anak muda tau jgk..

  4. Pihak kementerian pelajaran harus memasukkan peristiwa bersejarah ini kedalam sylibus pembelajaran di perengkat sekolah lagi. Ini adalah utk mengelakkan anak-anak kita diracuni minda mereka olih pihak pembangkang. Sebarang bantahan dari pihak pembangkang hanya akan menunjukkan bahawa mwereka mmg tidak mampu utk menerima kebenaran fakta yg bersejarah ini.

    • Kalau ditulis pun bukannya depa nak baca sangat, asyik-asyik baca dengan jari saja budk-budak la ni. Sebab itu membaca dari SEMUA sumber adalah penting, sisihkan yang karut marut pakai yang ada kebenaran, fitnah dan hearsay tolak masuk longkang. Baca lah dengan ilmu jangan tak baca.
      Allah memulakan kalimah kepada Junjungan SAW dengan perkataan ‘Iqrak’. Selepas itu disusuli dengan ilmu pengetahuan yang bermanafaat.

  5. Tell Gen Y about the ‘Buy British Last’ campaign. Depa sure terkejut punya. It was a very successful campaign… kecik-kecik negara kita, kita berani sebab Tun berani.

    Masa saya belajar di US tahun 80′an dulu, Tun mai dan bagi ucapan (bayangkan on US soil!) belasah US hidup-hidup! Saya dah lupa pasai apa… rasanya pasai Dadah.

    CNN bukan main heboh lagi pasal tu. Hinggakan kemana saja kami pi, bila Americans tya kami ni datang dari mana dan kami jawab dari Malaysia.. mereka terus jawab..” Oh.. Mahatirrr..!”. Depa lebih kenal nama Tun sebab Tun berani hentam depa. Dan kami pulak takut kalau-kalau depa apa-apakan kami.. hihihi… tapi of course depa tak buat apa-apa sebab rakyat US pun bukan semuanya suka apa yg kerajaan depa buat.

    Tapi pengalaman itu buat saya rasa bangga jadi orang Malaysia.

  6. Saya bangga jadi rakyat Malaysia sebab kita punya mantan PM seperti Tun M yang berwawasan, bijak, berani dan bersemangat tinggi. masalahnya ramai rakyat mudah lupa jasa Tun begitu banyak dan golongan muda tak tahu pun pengorbanan orang lama buat yang telah membawa Malaysia ke satu kedudukan yang dihormati dunia. Kalau nak pilih calun alternatif pun tak payah lah pilih Anwar sebab beliau adalah pengkianat bangsa dan negara.

  7. SLM..
    BIJAKNYA TUN MAHATHIR..TERIMA KASIH YA ALLAH BERIKAN PEMIMPIN MCMNI KAT MALAYSIA..
    MALANGNYA..MEMG ADA YG X MENGHARGAI PENGORBANAN TUN MAHATHIR,SEHINGGA ADA PIHAK PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN TUN MAHATHIRBAPA SYAITAN..
    SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA2 TUN DIAKHIRAT KELAK..AMIN
    I LOVE U MALAYSIA!!

  8. SELURUH KETURUNANKU TERHUTANG BUDI PADA TUN M HINGGA AKHIR HAYAT, SEMOGA PANJANG UMUR SIHAT SEJAHTERA…AMIN!!!

  9. brapa ramai org di Karachi n Port Qasim Pakistan memuji Malaysia dan mengatakan ‘bertuah kamu kerana punyai pemimin yang ada visi…

  10. I love you Tun… jasamu dikenang.

  11. Tun Mahathir deserves rightful recognitions for the endeavours of taking over those giants co’s..Syabas Tun,kita tidak akan lupa dengan ‘perang’ tersebut..
    Kita tahu Tun sangat sayangkan bangsanya,lebih lebih lagi Islam..
    Semoga Allah azawajalla akan sentiasa bersama kita untuk melindungi Malaysia/Sarawak tercinta ini daripada musuh musuh(dalam selimut)negara..amiin ya Rabbi..

  12. bukan mahathir punya idea…tapi Menteri besar selangor skrg punya idea….salah fakta lah bro…

  13. Apsal bila aku baca je serangan subuh ni nama Khalid Ibrahim tak masuk, sedangkan beliau terlibat masa tu… lu org kena iktiraf la genius dia juga masa tu…

  14. bukan ke down ride ni selalu dikaitkan dgn MB Selangor dari pakatan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim. x silap ktk dia memimpin PNB. boleh rujuk majalah2 ekonomi berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top