Lim Guan Eng tokoh banglo terbilang memang cukup mahir temberang,apabila berlaku banjir mudah saja untuk tunding jari salah kan banyak pihak.

Apa nak dihairankan dengan DAP.. tuhan pun boleh difitnah inikan pula kerajaan persekutuan.

Kerajaan Pulau Pinang tidak seharusnya menyalahkan Kerajaan Persekutuan dan cuaca setiap kali berlakunya banjir kilat di negeri berkenaan sebaliknya mereka harus mengambil langkah untuk mengatasinya.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, ini kerana sikap pemimpin kerajaan negeri yang sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka.
“Kegagalan mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah banjir selama sembilan tahun dan adalah tidak sewajarnya mereka menyalahkan cuaca setiap kali berlakunya banjir di Pulau Pinang.
“Jika kita lihat besar kemungkinan berlakunya banjir ini ada kaitan dengan pembangunan hartanah, penarahan kawasan bukit yang tidak terkawal termasuk penambakan laut,” katanya.
Bagaimanapun Zanial menyambut tindakan yang diambil oleh Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh agar Kerajaan Pulau Pinang menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri berkenaan.
Zainal berkata, Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberhentikan peruntukan untuk projek kawalan dan tebatan banjir walaupun negeri itu diterajui oleh DAP sejak 2008.
“Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2 billion untuk projek kawalan banjir di Pulau Pinang; (RMK 10: 2006 – 2010) RM 1.493 billion termasuk RM 34 juta untuk pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang, (RMK11: 2011 – 2015) RM 404.5 juta. Peruntukan RM 150 juta untuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang diluluskan pada November 2016.
“Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengatasi masalah banjir di negeri itu,” katanya.
Tambahnya, sekiranya kerajaan negeri sanggup berbelanja RM305 juta untuk laksana kajian terhadap projek yang tidak diperlukan, kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan wang untuk menyelesaikan masalah banjir.

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons