Inilah politik animal tahap tertinggi,tiba tiba Tun M di angkat menjadi pejuang Malaysian Malaysia, semua ini adalah untuk menghalalkan hubungan diantara Cap Bunga dan parti ultakiasu chauvanisis rasis DAP.

Akar umbi DAP persoalkan mengapa perlu bekerjasama dengan Tun M dan Cap Bunga yang rata ratanya adalah bekas totok keris dan belacan. Akar umbi DAP persoal pimpinan DAP sudah lari dari landasan.Maka untuk menghalalkan hubungan ini maka Tun M perlu dilabelkan sebagai Malaysian Malaysia,plural dan terbuka.. Tun M cuba di gambarkan sebagai satu lagi sisi seperti Anwar yang ultra liberal dan plural.

Penjenamaan oleh pihak strategik DAP ini secara tidak langsung akan menjauhkan lagi sokongan orang melayu terhadap Cap Bunga. Pisau melihat DAP serba tak kena.. dalam masa mahukan undi Melayu tetapi mereka tetap mahukan undi dari kelompok ultrakiasu chauvanis rasis yang menjadi deposit tetap mereka.

 

DAP kini melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang ‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia), visi yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari tahun 1969.

Label itu cuba dipotretkan oleh organ DAP, Roketkini selepas parti itu dilanda pelbagai kritikan dalaman termasuk ahli mengumumkan keluar parti, ekoran perubahan polisi DAP yang berkerjasama semula dengan Dr Mahathir, musuh nombor satu DAP sebelum ini.

Lim Kit Siang pernah melabel Dr Mahathir pemimpin korup di Malaysia menerusi bukunya bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ diterbitkan pada 1993, kini telah menukar pendirian bekerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun yang dilabel korup itu.

Perubahan polisi Kit Siang daripada menentang kepada menyokong Dr Mahathir telah menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu.

Salah satu alasan mereka yang keluar parti menuduh DAP kini telah lari daripada pejuangan asal untuk memertabatkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ di negara ini.

Ekoran protes dalaman DAP hingga mendorong ahli-ahli keluar parti, organ DAP berusaha keras untuk menjustifikasi semula kewajaran Kit Siang berkerjasama dengan Dr Mahathir.

“Kerjasama Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia, iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan demi negara (nation),” rumus penulis Roketkini, Wan Hamidi Hamid dalam rencana terbaharu bertajuk “Mengapa Mahathir berkawan dengan Kit Siang?

Kebijakan penulis DAP meletakkan tajuk seumpama itu sudah menggambarkan Kit Siang pemimpin nombor satu DAP sejak dari tahun 1969 merupakan pemimpin yang lebih hebat berbanding dengan Dr Mahathir yang hanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. – AIDC

 

Pisau kata ” Tun M dah diangkat sama level Kit Siang…”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons