Home / Berita Utama / Berita Nasional / Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama YB Nasha, Pecah Rekod 4.3 juta Penonton

Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama YB Nasha, Pecah Rekod 4.3 juta Penonton

Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.600509_601111559905988_521095176_n

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan “Nasharuddin – Berjuang Dalam Kontroversi” ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber)

About pisau

7 comments

  1. sebab yang kena tanya tu orang pas,dan mereka dah maklum kebenaran nya.
    Kalau orang umno, memang orang tak nak tengok punya…..sebab memangpembohong.

  2. tv3 kan pembohong kuat, kan puak cai PR.

    org pas? hahahahah lawak. puak pas sendiri yg buang dia, kemudian nak berbangga pulak. buang nik ajis dulu.

  3. Zaq Jubo, Lembu pencacai PAS mcm ko je yg perasan bodoh cmtu..rakyat akan tumbangkan PAS anjing cai DAP tklama lg. Rating tinggi sbb rakyat nk tahu kezaliman Rejim PAS diketuai Nik Najis pd Ust Nasha. Pork Nick sudah ptuskan Nasha ibarat dh bercerai parti.

  4. Salam Perjuangan..
    TOLONG JANGAN LEKA DAN SELESA.. PUTRAJAYA BELUM SELAMAT LAGI!!

    Jgn fikir soal ramalan akan menang, itu sbg ‘sweetener’ psywar supaya jentera UMNO BN leka, syok sndiri dan mula lalai. Anggaplah kita akan hadapi perperangan besar, battle ship.. direction mesti tepat, must GO AHEAD!!

    Jgn lihat godaan di kiri kanan..terus mara pd sasaran.

    Musuh yg amat dahsyat sedang tunggu utk menghancurkan kita. PR anggap inilah peluang terbaik mereka utk habis2an tumbangkan UMNO BN. Anwar sudh caturkan ini peluang akhir utk dia jd PM!! Mereka akan buat apa shj, gunakan taktik paling kotor dr luar negara utk musnahkan UMNO (mereka tk kisah sgt dgn MIC MCA, itu senang urus)

    PR akan pakai semua perkakas yg ada dlm kerajaan jika mereka menang (minta Allah jauhkan) utk balas dendam pd pemimpin UMNO BN.. terutama Tun M, DS Najib, Rosmah dan penentang2 Anwar.

    Misi balas dendam ini dikhabarkan sgt mengerikan, dn Polis, ATM akan diperkudakan sepenuhnya utk capai cita2 ZALIM Anwar ini..

    Kita tiada pilihan melainkan sepenuh jiwa raga mempertahankan PUTRAJAYA seterusnya mengembalikan 2/3.

    DS Najib sudah lakukan yg terbaik dan bermacam2, jgn last minute ini ada yg jd dalang pengkhianat utk sebarkan fitnah buruk pd DS Najib/Rosmah dr DALAM JENTERA UMNO SENDIRI (aku sudah hidu maklumat, talibarut perosk dr dlm pd saat akhir nnt)!! Terpulang kpd kita utk fikir pakai otak atau kepala lutut.. Skrg we MUST ALL OUT with FULL THROTTLE!!
    (PAS yg korok miskin pn sudah ada treler propaganda.. UMNO masih pakai cara lama, khemah knduri??!)

    Skrg masa bkn bermain2 lg.. bukan masa utk buat lawak kosong lg, hntikan thread publisiti murah utk artis, gambr2 merepek dan lucah, PLEASE!.. be serious, tingkatkan motivasi dan smgt juang utk jentera BN!!

    Jgn lupa sbg hamba Allah, kita yg Melayu Islam tetapkan DOA dan SOLAT di hari2 genting ini utk panjatkan pertolongan ALLAH TA’ALA..

    Sebaik2nya UMNO Pusat anjurkan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat mohon kemenangan dan jauhi malapetaka..

    skdr ingatan dr rakyat biasa yg tiada apa2 jawatan..

    SEMOGA UMNO BN MENDAPAT KEMENANGAN PRU13 2/3..AMIINN!!

  5. kalau parasit anuwaris dlm pas, lagi xleh percaya….PEMBOHONG BESAR!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top