Rakyat Positif Dan Sokong Kuat Bayar 20 Sen Untuk Beg Plastik Di Selangor,Bukti Tindakan Azmin Tepat!

in Berita Nasional by

Sejak dikenakan 20sen untuk beg plastik di Selangor,pelbagai rungutan dapat kita dengar daripada pengguna.Sejauh manakah kebenaran akan rungutan ini?

 

Malah Eli Wong,Exco kesayangan Azmin mendakwa caj 20 sen di ambil oleh peniaga. Sebenarnya ini bukan perkara baru,di Pulau Pinang juga telah lama dikuatkuasakan dan rakyat Pulau Pinang sokong kuat inisiatif ini.. betul?

 

Di Selangor,Azmin belajar daripada regim DAP Pulau Pinang cara mendisplin rakyat agar tidak membazir bag plastik yang dikatakan sebagai agen pencemar alam.

 

Pelaksanaan caj 20 sen untuk setiap bag plastik Azmin telah mendapat respon positif  daripada rakyat dakwa Azmin,apa perlunya media mengembar gembur kononnya rakyat merungut dan menyusahkan atas caj 20 sen ini.

 

Cuba buktikan rakyat Selangor mana yang tak sokong caj 20 sen ini? Jika ada yang membantah Pisau berpendapat ia tak lebih daripada propaganda jahat Umno BN.. tak gitu?

 

Justeru rakyat Selangor harus angkat sepanduk berkempen beramai ramai agar bayar 20 sen untuk setiap bag plastik atau guna beg yang boleh dikitar semula.

 

Di bawah adalah laporan dari Utusan Malaysia.. sejauh manakah kebenaran laporan Utusan ini,memandangkan rakyat Selangor tak ada seorang pun yang merungut..

 

Bantahan serta rungutan rakyat Selangor dalam isu caj 20 sen ke atas penggunaan beg plastik langsung tidak dipedulikan Kerajaan Negeri PKR Selangor walaupun beban tersebut terpaksa ditanggung pengguna.

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh pula mendakwa kempen tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai seolah-olah bantahan rakyat sebelum ini tiada sebarang nilai.

Katanya, maklumat yang diperolehi daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, menunjukkan rakyat menyambut baik caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di Selangor.

“Saya dah minta Elizabeth buat penjelasan kerana sambutan yang dilaporkan oleh Elizabeth amat positif dalam kalangan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini – UM

Pisau kata ” 20 sen pun bising ka.. haha”

It's only fair to share...

Leave a Reply

Your email address will not be published.