March 22, 2017

Berikut adalah laporan media mengenai wabak anjing gila yang sedang melanda Pulau Pinang. 

Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.
Sehubungan itu Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.
Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 Sept lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 Sept lepas di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.
Lim berkata kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.
“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.
Beliau berkata anjing yang berumur tiga bulan dan ke atas perlu diserahkan untuk menjalani suntikan mencegah penyakit tersebut.
Lim turut mengingatkan orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan anjing liar agar mendapat rawatan segera dan melaporkan kepada pihak berkaitan.

Bilik Gerakan Jabatan Veterinar boleh dihubungi di talian 04-5041407.

Rentetan dari pengumuman Tokong Dap negeri .. sekumpulan pencinta anjing telah membuat demo di Komtar membantah cara kerajaan negeri selesaikan masaalah dengan membunuh anjing anjing..

   
 
Pisau kata “dulu Pas pun dah terkena penyakit ni.. nasib baik dah sembuh.. sekarang PAN pulak ambik alih”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets