Home / Berita Utama / Raja Salman boleh memilih mana-mana negara, tetapi mengapa memilih Malaysia?

Raja Salman boleh memilih mana-mana negara, tetapi mengapa memilih Malaysia?

 Penghormatan tertinggi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang ‘authentic’ atau asli memboleh­kan negara ini menikmati pelbagai keistimewaan dari sudut agama dan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara keistimewaan itu adalah Malaysia menjadi antara lima daripada 51 buah negara yang berpeluang menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Selain itu kata beliau, Malaysia mendapat tambahan kuota haji dan mewujudkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di negara ini yang diperoleh menerusi hubungan baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Pengiktirafan tertinggi ini turut membolehkan Malaysia menerima pelaburan daripada Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) di Pengerang, Johor bernilai RM31 bilion.

“Raja Salman boleh memilih mana-mana negara, tetapi mengapa memilih Malaysia? Inilah yang patut kita tanya dan jawapannya adalah kerana apa yang kita amalkan (ajaran Islam) di sini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian keti­ka berucap menutup Ijtimak Ke­pimpinan Organisasi Menurut Is­lam, Penyampaian Sumbangan Ke­pada Masjid dan Surau Parlimen Pekan serta Penyampaian Kurma dan Air Zam Zam Sumbangan Kelab Putera 1Malaysia, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebanyak 60 buah masjid dan 166 surau sekitar Pekan menerima sumbangan buah kurma dan air zam zam serta wang tunai.

Menurut Najib, apa yang Malaysia lakukan adalah atas nama agama sehingga dasar tersebut dianggap modul Islam terbaik.

“Dari segi Islam, kita untung dan dari segi ekonomi negara juga untung. Mudah-mudahan usaha kita mewujudkan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah direalisasikan bagi memboleh­kan kita mengawal kenaikan kos mengerjakan ibadat haji supaya berada pada paras lebih rendah.

“Ekonomi kita juga baik yang mana untuk suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus manakala nilai mata wang negara mencatatkan prestasi terbaik di ASEAN,” ujarnya.

Tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pekan,  nikmat ekonomi itu turut dirasai penduduk daerah ini apabila bantuan kepada masjid ditambah menjadi RM1,500 daripada RM1,200, manakala bantuan kepada surau pada tahun ini berjumlah RM1,000 berbanding RM700 sebelum ini.

“Alhamdulillah, kita banyak rezeki dan ini berkat kita semua bersatu-padu, bantu-membantu, semangat ukhuwah, kita tidak bergaduh sesama sendiri dan tidak pulau-memulau sesama kita.

“Apabila kita menunjukkan kelakuan baik, Allah SWT akan balas dengan rezeki yang bertambah kepada kita semua,” katanya. 

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Bayar Lebih Projek Terowong Bukti DAP Berkongsi Wang Rakyat Beratus Juta! 

Bukti DAP Pulau Pinang cekap menguruskan wang rakyat. DAP berjaya mengumpul berbillion ...


Hit Counter provided by Curio cabinets