Home / Berita Utama / Projek Besar Di Pulau Pinang Di Hentikan,Pelabur Hilang Keyakinan Terhadap Tokoh Banglo Terlajak Murah.

Projek Besar Di Pulau Pinang Di Hentikan,Pelabur Hilang Keyakinan Terhadap Tokoh Banglo Terlajak Murah.

Kejayaan regim DAP didalam industri membina rumah mampu lihat telah memberi kesan besar kepada rakyat.
Di Pulau Pinang sekarang ini mengalami krisis perumahan mampu milik kerana regim DAP lebih berminat melayan kehendak pemaju membina rumah rumah mampu lihat.
Kesannya kita dapat lihat sekarang apabila rumah rumah mampu tengok tidak terjual malah kurang mendapat sambutan.
Barangkali ketua menteri beranggapan rakyat Pulau Pinang kaya raya seperti beliau yang mampu membeli banglo terlajak murah.
Terkini dalam laporan portal The Edge pro pembangkang menyiarkan projek rumah mewah mampu lihat ditangguhkan kerana tidak mendapat sambutan.
Pemilik projek Temasik Holding dari Singapura telah tarik diri daripada projek besar ini. Adakah mereka sudah mula sedar selama ini regim DAP indah khabar dari rupa? 

Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Selasa, 24 Januari 2017

1. Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh The Edge Markets, “ Penang property projects worth RM11.3b on hold ” (http://www.theedgemarkets.com/…/penang-property-projects-wo…) berhubung penangguhan projek Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) dan Penang International Technology Park (PITP) dengan jumlah GDV RM11.3 billion.

2. Menurut laporan artikel berkenaan projek ini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dapat dinyatakan dengan alasan kekurangan permintaan untuk “high quality condominium”.

3. Pertama, alasan yang diberikan agak menghairankan kerana projek BPO dan PITP ini sepatutnya dibangunkan dengan tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah.

4. Kedua, cadangan pembangunan BPO Prime dan PITP mensasarkan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di Pulau Pinang dan BPO Prime dan PITP dirancang untuk memberi kemudahan kepada mereka untuk “work, live and play” di situ. Permintaan tempatan untuk “kondo mewah” seharusnya tidak memberi kesan kepada projek ini kerana sasaran kelompok pembeli-pembeli yang berbeza.

5. Pada 2014, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Temasek Holding Pvt Ltd menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membangunkan BPO dan PITP ini di mana Economic Development Innovations Singapore Pte Ltd (EDIS) akan bertindak sebagai pengurusan utama projek. Semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dilaporkan berkata BPO Prime adalah projek kepentingan tinggi dan adalah sebahagian pelan Kerajaan Negeri untuk merubah Pulau Pinang kepada hub “outsourcing” antarabangsa; dan Kerajaan Pulau Pinang berharap untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur antarabangsa ke Pulau Pinang.

6. Penangguhan perlaksanaan projek tersebut untuk satu tempoh masa yang tidak ditentukan atau “postponed indefinitely” boleh juga dianggap sebagai membatalkan hasrat untuk meneruskan projek. Pengunduran atau penarikan diri Temasek Holdings, sebuah syarikat pelaburan dari Singapura dari meneruskan pelaburan di Pulau Pinang merupakan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

7. Justeru itu, saya meminta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan samada penangguhan ini berlaku kerana terdapatnya bekalan berlebihan (over-supply) unit-unit perumahan mewah di Pulau Pinang ataupun kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan mereka di Pulau Pinang ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang?

Terima kasih

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

1MDB Buat Khalid Puas, Rafizi dan Cap Bunga Kantoi Lagi Bohong.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya dalam penerangan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets