KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Forum ‘Belt and Road’ (Jalur dan Laluan) untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing.

Memetik laporan Bernama, ia disertai oleh pemimpin negara dan kerajaan dari 28 buah negara yang terlibat dalam Inisiatif ‘Belt and Road’, sebuah gagasan yang bertujuan menyediakan infrastruktur mega untuk dagangan antarabangsa.

Najib turut memuat naik beberapa gambar, termasuk bersama Presiden China Xi Jinping dan beberapa pemimpin lain.
Mesyuarat hari ini berlangsung di Tasik Yanqi.

Persidangan ‘One Belt, One Road’ itu dijangka dapat meningkatkan nilai kepentingan dalam sebahagian daripada 14 perjanjian antara Malaysia dan China yang bernilai RM144 bilion.

Dalam perkembangan lain, Xi dijangka akan mengunjungi negara ini pada Ogos.

Kunjungan Xi ke Kuala Lumpur tentunya akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua negara.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons