Home / Berita Utama / PM dan TPM Bertindak Balas Tahan Diplomat Korea Utara Daripada Keluar Dari Malaysia.

PM dan TPM Bertindak Balas Tahan Diplomat Korea Utara Daripada Keluar Dari Malaysia.

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGGESA KOREA UTARA UNTUK MELEPASKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA

 

7 Mac 2017

 

1. Saya mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

 

2. Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

 

3. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam.

 

4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

 

5. Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengeluarkan arahan serta-merta menghalang kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk keluar daripada negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN berkata keputusan itu sebagai tindak balas kepada tindakan Korea Utara yang mengahalang rakyat Malaysia keluar daripada negaranya.
“Sebagai tindak balas terhadap arahan yang dikeluarkan Kementerian Luar DPRK, KDN melalui JIM telah mengeluarkan arahan serta-merta bahawa tidak ada mana-mana pegawai atau kakitangan yang berada di kedutaan DPRK yang dibenarkan untuk keluar daripada negara ini.
“Kuat kuasa ini adalah merupakan arahan serta merta kepada semua pintu-pintu keluar JIM di seluruh negara.
“Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi ini yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan diluar daripada tatasusilaan dan kelaziman diplomatik dan Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama kerana mereka telah memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan yang dilakukan di KLIA2,” katanya dalam sidang media tergempar hari ini.

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Apabila Lim Guan Eng Cuba Bercakap Benar,Anda Percaya?

Sudah 18 bulan berlalu namun kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum menyerahkan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets