Pakar fitnah tersohor PKR bakal disaman lagi,mungkin Rafizi mahu mencapai sasaran fitnah berganda berbanding tahun tahun sebelum ini.

Bukan saja Pas menjadi mangsa malah bekas timbalan presiden juga turut menerima tempias najis fitnah oleh Rafizi.



SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya serta Pas.

“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Sementara itu, tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat,” tegas beliau lagi

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons