AIDCNews – 03/03/13 – Perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Jeffrey Kitingan adalah bekas Naib Presiden PKR yang kini menjadi Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan pengerusi United Borneo Front (UBF), parti pembangkang untuk Sabah dan Sarawak.

Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini yang secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang dalam insiden tersebut.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.

Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

20130303-035949.jpg

20130303-035958.jpg

It's only fair to share...

pisau

One Comment

  • Reply
    03/03/2013

    “Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.”

    ayat ni salah. Sabah bukan hak “Sultan” Sulu, bahkan duit yang kerajaan Malaysia bayar tiap2 tahun tu pun sepatutnya bukan hak dia. siapa dia nak tuntut2 sabah? sultan konon, perangai macam lanun. kumpulan penceroboh ni patut tembak je bagi mampos. ada ke datang negara orang lain bawa senjata, lepas tu nak ugut tuan rumah pulak?

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons