SINGAPURA: Singapura hari ini mendakwa dua lelaki atas kesalahan menyewakan empat pangsapuri secara tidak sah di bawah penyewaan jangka pendek Airbnb, lapor media tempatan.

Pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya di negara tersebut.

Dokumen mahkamah tidak merujuk kepada Airbnb yang enggan mengulas mengenai kes berkenaan.

Syarikat itu berkata sejak setahun lalu, komuniti Airbnb telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 330,000 pelancong ke Singapura.

“Rangka kerja semasa untuk perkongsian rumah di Singapura tidak mencerminkan bagaimana warga Singapura melakukan perjalanan atau menggunakan rumah mereka hari ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Rangka kerja semasa juga berbeza dengan komitmen Singapura terhadap inovasi,” tambah kenyataan itu.

Kedua-dua tertuduh menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Perancangan untuk menyewakan empat unit di sebuah kondominium selama kurang daripada enam bulan tanpa kebenaran dari Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga S$200,000 (sekitar RM603,000) bagi setiap kesalahan.

Awal tahun ini, Singapura meluluskan peraturan baru dengan memberi hak kepada pegawai untuk masuk secara paksa ke dalam kediaman penduduk bagi memeriksa jika mereka menyewakan hartanah mereka secara haram.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons