Dalam keadaan negara sedang bersedih apabila anggota keselamatan terkorban ketika trajedi di Lahad Datu . Nurul Izzah dengan pantas berjumpa dengan musuh negara seolah memberi pengiktirafan terhadap serangan di Lahad Datu.

Kenapa perempuan mulut puaka ini masih memegang kad pengenalan Malaysia,tidak ada sedikit pun rasa bersalah apabila berjumpa dengan penganas sebaliknya dia cuba mendapat sokongan pengganas demi kepentingan politik sendiri.
Semua orang tahu beliau menang menjadi ahli parlimen pun dengan cara yang amat kotor apabila menabur fitnah terhadap Raja Nong Chik. 
Sekarang ditambah pula kegiatan bersekongkol dengan pengganas.. seolah menghalalkan darah anggota keselamatan negara.
Ingatlah..PRU 14 nanti jika mengundi Nurul Izzah.. anda menghalalkan darah anggota keselamatan yang terkorban..

Perbuatan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anak pe­rempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram yang dianggap sebagai musuh negara adalah satu pengkhianatan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pengkhianatan merupakan satu kesalahan serius yang dika­tegorikan sebagai kesalahan terhadap negara dan boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, Jacel Kiram boleh dianggap sebagai musuh negara kerana dia merupakan jurucakap bagi kumpulan pengganas Kesultanan Sulu dan menjadi jentera utama atas apa jua tindakan Tentera Diraja Sulu (RSF) ke atas Sabah.

“Jacel Kiram juga sangat aktif dan agresif mengeluarkan ke­nyataan dalam media, antara lain memburukkan Malaysia berhubung tangkapan kumpulan pengganas Kesultanan Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

“Saya menganggap perbuatan plaintif (Nurul Izzah) adalah pengkhianatan kerana beliau berjumpa dengan seorang individu yang dianggap sebagai musuh negara,” katanya yang mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respon kepada soalan wartawan dalam Majlis Sunathin PDRM 2015.

Khalid berkata demikian da­lam pernyataan saksi yang dibacakan pada perbicaraan kes saman fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terhadapnya dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khalid dan Ismail yang dinamakan sebagai pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Normastura Ayub.
Nurul Izzah memfailkan saman tersebut pada 26 November 2015 dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan pernyataan fitnah dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Polis, Bukit Aman beberapa hari sebelum itu.

Plaintif turut mendakwa Ismail Sabri telah mengeluarkan ke­nyataan memfitnah terhadapnya pada hari sama dalam satu acara di Bera, Pahang.
Khalid seterusnya berkata, perjumpaan plaintif juga telah menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan masyarakat Malaysia secara khususnya ahli keluarga anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban.
Malah Khalid berkata, kesan dan reaksi masyarakat pada ketika itu dapat dilihat apabila terdapat lebih kurang 100 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perjumpaan plaintif dengan Jacel Kiram.
“Satu siasatan telah dimulakan pada ketika itu di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan sabotaj,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin bersambung Isnin ini.

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons