March 22, 2017

Masih berkisar dengan kisah DAP yang gila talak terhadap PAS,selepas Turn M berpatah arang agar tidak mahu bekerjasama dengan PAS,Sebenarnya haprak pakatan begitu mendambakan khidmat orang PAS,mereka sedar hanya PAS saja yang layak menjadi hamba pencacai pakatan harapan.

 

Dahulunya khidmat PAS diguna pakai oleh semua parti didalam pembangkang, apabila dipergunakan hingga barai.. PAS bukan saja dikhianati malah turut dihina oleh DAP.

 

Nah sekarang Kit Siang mulakan pujuk rayu,nescaya lepas ini Lim Guan Eng pula akan membuka langkah..

 

Salam perdamaian oleh Lim Kit Siang kepada PAS selepas kedua-dua parti menamatkan kerjasama politik dua tahun lalu membuktikan bahawa DAP sedar tanpa parti Islam itu, hasrat pembangkang mahu menawan Putrajaya tidak akan tercapai.

 

Walaupun ada Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selain PKR, Kit Siang tahu parti-parti sekutu itu tidak mampu membolehkan Pakatan Harapan memenangi majoriti mudah pada PRU 14.

 

‘ Justeru itu, Kit Siang menebalkan muka menjilat semula ludah dan membuat pusingan ‘U’ dengan pelawaan perdamaian bersama PAS kononnya untuk menangani masalah kleptokrasi.

 

Mengakui pelawaan itu ada pendapat peribadinya, Ahli Parlimen Gelang Patah dan Penasihat DAP tersebut juga mendakwa ianya adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.

 

Menyedari beliau akan dituduh sebagai hipokrit, Kit Siang menyerahkan kepada rakyat menilai sikapnya itu.

 

“Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.-BNBCC

It's only fair to share...

pisau

One Comment

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets