Home / Berita Utama / Berita Nasional / Pemandu GrabCar, RM4 Pun Duit Tau!

Pemandu GrabCar, RM4 Pun Duit Tau!

Satu pertelingkahan berlaku antara penumpang dan pemandu GrabCar gara-gara tambang RM4.

Dalam satu posting yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pemandu aplikasi e-hailing itu yang didakwa melepaskan kemarahannya kepada penumpang disebabkan tambang RM4 yang ditetapkan syarikat.

Selain menceritakan tentang apa yang berlaku, wanita berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar dan sebuah video yang menunjukkan pemandu berkenaan cuba menendang dirinya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Selasa, di Dato’ Keramat, Pulau Pinang.

Dalam posting yang dimuat naik, dia menceritakan bagaimana pemandu berkenaan mula ‘mengamuk’ kerana salah faham tentang lokasi menunggu.

“Pertama sekali, order GrabCar, tunggu lebih kurang empat minit . Masuk masuk ja dalam kereta, pemandu dah mengamuk tanya kenapa aku tak tunggu dekat ‘traffic light’.

“Aku cakap, semua penduduk flat ni bila naik GrabCar akan tunggu depan pagar, bukan dekat luar lampu isyarat,” tulisnya.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan kemudian mendakwa pemandu tersebut memandu dengan cara berbahaya.

“Tengah memandu pun dia boleh hon kereta tu kereta ni. Bawa memang macam orang dah tak betul,” tulisnya lagi.

Kemuncak pertelingkahan berlaku apabila pemandu berkenaan tidak menghantar penumpangnya di lokasi yang ditetapkan.

“Dekat nak sampai, pelik kenapa dia turunkan aku dekat tepi. Aku tanya, saya bagi ‘location’ tu, you kena ikut ‘location’ tu. Dia boleh jawab ‘bayar fare RM4 lagi mau hantar sampai sana’.

“Eh RM4 pun duit tau. I bayar bukan tak bayar. Lagipun memang sebelum booking harga aplikasi dah keluar memang RM4. So apa masalahnya,” tulisnya.

Menurut wanita berkenaan, pemandu tersebut marah apabila dia mengugut untuk membuat laporan dan tidak membenarkan dia keluar dari kenderaan.

Bagaimapun, dia ‘dilepaskan’ setelah cuba merakamkan insiden yang sedang berlaku.

“Sampai la aku dah rakam baru dia buka dan keluar turun dari kereta terus tendang kena paha sebab dia geram aku rakam video. Tepi jalan dia boleh buat macam tu,” katanya.

Selain gambar pemandu dan keretanya, dia turut memuat naik gambar laporan polis dan paparan skrin aduan kepada perkhidmatan pelanggan GrabCar.

Difahamkan, pihak GrabCar telah melihat video kejadian serta meminta maaf atas insiden itu dan akan memastikan pemandu berkenaan menerima hukuman. – Mstar

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Sampai Masanya Politik Lalang & Hipokrasi PKR Ditalakkan – PAS Pulau Pinang

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang lantang terus terusan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets