Home / Berita Utama / Berita Nasional / Pelihara keharmonian agama, bangsa demi keamanan negara : TPM

Pelihara keharmonian agama, bangsa demi keamanan negara : TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak agar mempertahankan keharmonian bangsa dan agama yang wujud di Malaysia.

img_0295Ahmad Zahid membuat gesaan itu ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas Malaysia 2016 pada Rabu memandangkan dengan hanya cara itu ia akan dapat mengekalkan keamanan sesama rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa seluruhnya.

 

“Toleransi beragama adalah tunggak keharmonian bangsa Malaysia supaya ia dapat diwujudkan dalam memahami agama lain.

 

“Bila keharmonian ini dapat diwujudkan dan dapat dipertahankan maka kita ingin menyeru supaya pelbagai bangsa mempertahankan keharmonian sebagai sebuah negara Malaysia yang aman dan sejahtera,” katanya.

 

img_0292Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

 

Tambah beliau, meskipun ia bukan perkara yang mudah, namun ia merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh setiap rakyat Malaysia.

 

“Bila kebabasan agama dipertahankan kita tidak mahu ada unsur dalam yang cuba menggangu kestabilan perpaduan rakyat Malaysia. Kita yang harus pertahankan tanggungjawab,” tambahnya.

 

Turut dimaklumkan, kempen #SayangMalaysia akan dilancarkan dalam masa yang terdekat bagi menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

 

“Kita akan mulakan kempen #SayangMalaysia dalam masa yang terdekat untuk tarik pelancong dalam dan luar negara supaya mereka berminat untuk datang ke Malaysia.

 

“Begitu juga dengan pelancong dalam negara, kita nak mengekalkan perayaan yang ada ni sebagai salah satu tarikan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka, ” ujarnya. -BNBBC

 

img_0294

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Pemandu GrabCar, RM4 Pun Duit Tau!

Satu pertelingkahan berlaku antara penumpang dan pemandu GrabCar gara-gara tambang RM4. Dalam ...


Hit Counter provided by Curio cabinets