Home / Berita Utama / Pas Buat Aduan Campur Tangan Regim Dap Dalam Majlis Fatwa Kepada Yang di Pertuan Agong.

Pas Buat Aduan Campur Tangan Regim Dap Dalam Majlis Fatwa Kepada Yang di Pertuan Agong.

Pas Pulau Pinang telah membangkitkan kemarahan parti Pan .Ini kerana Pas bertegas berlakunya campur tangan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Regim Dap Pulau Pinang yang pengerusinya adalah tokoh banglo terlajak murah.
Apa yang dapat kita lihat,penafian Tokoh banglo kononnya beliau tidak tahu menahu tak lebih kepada taichi dan skill pembohongan tahap tertinggi.

Hingga sekarang tokoh banglo tidak berani saman terhadap pihak yang mendakwa wujudnya campur tangan dalam majlis fatwa negeri Pulau Pinang.
Nah sekarang Pas telah membuat aduan kepada Agong,Sultan Muhammad..

Pas negeri telah mempersembahkan isu pewartaan fatwa di negeri ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam kerana mendapati empat fatwa yang diluluskan masih belum diwartakan.

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada campur tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang tidak mewartakan fatwa atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.

Jelas beliau, empat fatwa tersebut adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik, hukum menghisap shisha, pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf.

“Dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa pada 2015, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sendiri mengakui perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Afnan Hamimi, Pas kini dalam rangka usaha meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama berjuang membantah campur tangan politik DAP dalam urusan pewartaan fatwa.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga perkara perlu dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperbetulkan keadaan itu yang antaranya membatalkan pekeliling mengarahkan fatwa yang telah diluluskan perlu merujuk MMK.

Jelasnya, Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 perlu dirujuk seperti sebelum ini dengan hanya mempersembahkan setiap fatwa kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kedua, fatwa yang diluluskan tidak boleh disimpan kerana setiap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melibatkan keperluan semasa.

“Terakhir, kita terus mendesak Abdul Malik meletakkan jawatan untuk membuktikan beliau seorang yang bertanggungjawab,” tegasnya sambil menjelaskan pengganti Abdul Malik perlu tegas dan berani mempertahankan prinsip Islam dan berkelulusan dalam bidang agama. –

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

1MDB Buat Khalid Puas, Rafizi dan Cap Bunga Kantoi Lagi Bohong.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya dalam penerangan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets