Home / Wilayah / Orang Penang Suka Barang Reject

Orang Penang Suka Barang Reject

lim_guan_eng_ada_tipu

Negeri paling hebat,paling bersih,paling tak mengamalkan rasuah,sama rata,adil,tak rasis,saksama,ketua menteri tak pernah bohong, hasil berbillion ringgit, rakyat sejahtera,tol sg nyior di hapuskan,tarif air tak pernah naik,orang melayu langsung tidak dihalau,kampung kampung melayu tidak dirobohkan,peniaga peniaga melayu langsung tidak diganggu,projek langsung tidak diberi kepada kroni,penjawat awam melayu dibela.

Tetapi semua itu kata nya si Ketua Menteri Paling Hebat Seantero Malaya yang digambarkan oleh melayu melayu pendamba kasih sayang seorang khalifah,father joseph,pembela orang melayu & pembela umat Islam.

Guan Eng yang semua orang tahu cukup gemar membuat perkara dan kenyataan bersifat populis. Ini kerana haprak haprak terutamanya melayu begitu mendambakan persembahan yang menyentuh jiwa dan sukma. Mana mungkin hero pujaan hati dituduh sebagai jahat dan zalim,sedangkan lakonannya bagaikan maksum setinggi wali.Ceramahnya bisa membuat haprak ternganga mulut terkesima.

Kritikan dilihat sebagai pendosa apabila tidak mahu melihat hero itu sebagai manusia walhal realitinya hero itu adalah binatang politik.

Binatang politik ini seteruk mana pun suara pabila menyanyi ,sang peminat tetap akan berkata suara lemak merdu tanpa cacat celanya.Bukan anak Tanjong,bukan anak Balik Pulau,bukan anak Juru,bukan anak Kepala Batas. Tapi anak buangan Kota Melaka ini diangkat menjadi maharaja diktator Pulau Pinang.

Begitulah teruknya Pulau Pinang,dalam ramai ramai haprak tidak seorang mampu menandingi anak buangan Kota Melaka.Ketua Menterinya harus diimport hatta dikenali sebagai barangan reject dari bandaraya bersejarah yang pernah dijajah oleh Portugis.

Sudah namanya pun barang reject,mana mungkin mengsejahterakan negeri yang tidak ada pertalian langsung dengan beliau. Tarif Air berbelas tahun tidak pernah naik,sekarang ini sudah naik.Tol Sg Nyior katanya dihapuskan,baru tadi Pisau kena bayar 50sen,katanya parking kereta tidak dikenakan,sekarang sudah naik harga.

Bohongnya bagaikan wahyu,si haprak pasti percaya,katanya pelancong bertambah,tetapi berkurangan hingakan tidak mampu menandingi Kota Melaka , rekod menunjukkan bilangan pelancong yang melawat Melaka meningkat kepada 8.9 juta tahun lalu berbanding 7.8 juta pada 2008 manakala kehadiran pelancong ke Pulau Pinang, sebuah negeri yang mempunyai 191 penerbangan antarabangsa setiap minggu, hanya 5.5 juta orang tahun lalu.

Hebat negeri ditadbir oleh seorang reject,bertambah makmur,kononnya pendapatan negeri dan perbelanjaan tidak defesit,dikatakan surplus,walhal bajet tidak dibelanjakan sudah pasti lah surplus.Buat pengamal kewangan dan ekonomi apabila akaun kerajaan negeri surplus itu tandanya kerajaan negeri PEMALAS!

Tidak memakmurkan negeri,tidak membelanjakan hasil cukai rakyat untuk rakyat,tiada pembangunan,tiada penjagaan kebersihan. Lebihan itu kononnya hasil tiada amalan rasuah,walhal duit tak dibelanja di tabur habuan politik gampangan.Dibelinya 28sen sehari untuk meraih undi.Begitulah kerja seorang reject Melaka untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dengan bermodalkan 28sen sehari.

Pisau kata ” barang reject selalunya orang buang ke tong sampah,rosak tak boleh pakai,tapi di penang orang buat meniaga di lorong kulit “

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top