Home / Berita Utama / Berita Nasional / Nasihat @Zahid_Hamidi Dan IGP @KBAB51 Tidak DiEndahkan.DAP Angkuh Tetap Cabar,Tangkapan Di Buat.

Nasihat @Zahid_Hamidi Dan IGP @KBAB51 Tidak DiEndahkan.DAP Angkuh Tetap Cabar,Tangkapan Di Buat.

wpid-img_20140829_231529_1883950283.jpg

Hasutan dan cabaran Lim Guan Eng terhadap IGP dan PDRM bukan dibuat main main.Keangkuhan dan juga kebiadapan yang ditunjukkan oleh regim DAP Pulau Pinang sengaja untuk menunjukan mereka paling berkuasa di Pulau Pinang.

DAP adik kepada PAP memang sejak dari dulu lagi merancang Pulau Pinang sebagai satu autonomi. Pisau pernah mendedahkan beberapa kali perancangan yang dibuat oleh DAP : KLIK SINI

 

Menteri Dalam Negeri dalam ketegasan menasihatkan agar Lim Guan Eng berunding dengan pihak IGP dan Polis bukannya mencabar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Guan Eng) harus menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.

“Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa  PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.

“Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan, tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan. Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri,” kata beliau.

Menurutnya PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.

Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan dengan tindakan ditangkap oleh Polis,  beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas mengikut undang-undang.

Sementara itu di GEORGETOWN, Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peguam dan pembiayaan perundangan kepada anggota PPS sekiranya mereka diheret ke mahkamah dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata ini berikutan kenyataan Khalid bahawa pihak polis akan menahan mereka sekiranya meneruskan aktiviti mereka. – Bernama

 

Keangkuhan Lim Guan Eng dan DAP memang tidak boleh diberi muka nasihat oleh Menteri KDN Zahid Hamidi dijawab dengan cabaran apabila satu rancangan jahat dilakukan oleh DAP.

Semalam rumah kediaman Lim Guan Eng dibaling molotov cocktail.Pisau syak ini semua kerja PPS yang dirancang untuk meraih simpati.Adalah tidak logik sekiranya pihak yang anti DAP dan menentang PPS membuat provokasi serupa ini. Kita masih ingat bagaimana kepala lembu dibuang dihadapan rumah Rayer . Kita juga tidak lupa apabila seorang lelaki cina yang membakar Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang tidak lama dulu yang sebelum itu Lim Guan Eng menuduh Umno yang menyerang DAP.

Semua skrip DAP mudah dibaca.Kejadian melontar molotov cocktail yang dilakukan oleh orang yang disyaki anggota PPS hanya untuk menyalahkan Pihak Polis kononnya tidak buat kerja dan untuk menjustifikasikan kewujudan PPS sebagai penganti kepada kewujudan PDRM.

wpid-wei+aik.jpg.jpeg

PENANG_CM_MOLOTOV_COCKTAIL_310814_TMIHASNOOR_05

GEORGE TOWN: Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol ‘molotov cocktail’ di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling ‘molotov cocktail’ ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

“Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

 

Walaupun sudah diberi amaran oleh IGP,DAP tetap berdegil dan mencabar pihak PDRM apabila hari ini ketika sambutan hari kemerdekaan mereka menyertai perarakan di hadapa DUN Pulau Pinang.Tindakan mereka mencabar pihak polis diterjamahkan kepada tangkapan  ke atas 154 orang ahli PPS
Tangkapan berkenaan merangkumi seramai 131 lelaki Cina, 7 perempuan Cina, 10 lelaki Melayu (ada juga yang menjadi barua DAP) dan 6 lelaki India.
Kesemua mereka yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai. Semua tangkapan dibuat mengikut lunas undang-undang. Beberapa ahli-ahli politik DAP dan PKR yang hadir  ke balai polis. Mereka adalah Phee Boon Poh, RSN Rayer, Wong Hon Wai, Sim Tze Tzi, Cheah Kah Peng dan Lee Khai Loon

IMG_142400630891583 10653922_747565758624521_1511398395_n 10660754_747565635291200_1147998760_n IMG-20140831-WA0034 IMG-20140831-WA0055 IMG-20140831-WA0058 IMG-20140831-WA0062 IMG_142392146441714

 

Pisau kata ” Dah nasihat dan amaran.. tapi tak dengar.. so tangkap dan dan dakwa sajalah..sumbat dalam jail”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Hilang kewarganegaraan Malaysia jika pegang 2 warganegara – Zahid

Kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang ...


Hit Counter provided by Curio cabinets