Home / Berita Utama / Berita Nasional / Najib Letak Calon Bukan Winable?

Najib Letak Calon Bukan Winable?

20130414-150941.jpg

Bukan mudah untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai seorang Khalifah, dalam tafsiran artikel ini, khususnya merujuk kepada kerja sebagai seorang Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO…

Iya, tumpuan mata kini hanya kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, ketua perang yang akan masuk medan pertempuran pesta demokrasi negarakita ini, menerusi Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].

Sejak awal tahun 2012, iya sejak dari tahun lepas teka teki tarikh PRU 13 sudah menjadi topik panas, akhirnya terjawab sudah, tanggal 20 April 2013 ini merupakan Hari Penamaan Calon dan tanggal 5 Mei 2013 pula adalah Hari Pembuangan Undi.

CUMA tinggal satu sahaja lagi persoalan yang masih belum terjawab…. Dijangkakan malam ini segala-galanya akan terlerai. Iaitu persoalan siapakah dia calon calon yang akan membarisi Najib’s Dream Team..?

Calon calon yang seharusnya menepati ciri ciri Winnable Candidates, semenjak Najib menjadi Pengerusi BN, istilah Winnable Candidates dijadikan benchmark untuk beberapa Pilihanraya Kecil seperti di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Kerdau, Merlimau dan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Sudah pasti untuk membarisi skuad Najib’s Dream Team, calon calon yang terpilih ‘wajib’ memiliki elemen Winnable Candidate. Namun begitu,ada dua jenis penyakit kronik yang masih menular dalam diri beberapa pimpinan UMNO dan BN.

Penyakit kronik yang utama adalah ‘perasan bagus’ terlalu ingin menjadi calon, meletakkan kepentingan peribadi mendahului kepentingan parti. Ini merupakan kes Wanna Be Candidate…

Penyakit kronik kedua adalah ‘semangat berkabilah’ yang tersangat kuat untuk membina kem peribadi sebagai persiapan untuk mendepani Pemilihan Agong parti sendiri….

Atas sebab kedua-dua penyakit tersebut, maka kelihatan aktiviti aktiviti lobi melobi untuk memastikan tembolok peribadi dipenuhi, disamping itu juga susun atur ‘cai’ kem sendiri terpilih.

Maka kita pun sudah disajikan dengan desas desus, soksek kisah tikam menikam…, senggol menyenggol…, bentes membentes berleluasa. Ini semua POYO bak kata artis Awie….

Jual nama, jual pangkat untuk meyakinkan sesetengah pihak agar diri sendiri duduk dalam senarai akhir calon calon BN juga berlaku… Hilang sudah pertimbangan, ketepikan semangat sayang parti kerana mahu memenuhi personal glory masing masing…!

Kesemua gejala tidak sihat ini sebenarnya akan tambah sakit kepala YAB Datuk Sri Najib… Padahal impian Najib mahukan the best dream team untuk menewaskan Bapa Peliwat Negara yang membawa pasukannya dibarisi Chauvanist dan Politikus yang sanggup menggadaikan agama islam…

Beban yang dipikul oleh YAB PM seharusnya dibantu dengan baik oleh pimpinan BN secara keseluruhan, muhasabah serta akur dengan kesilapan lampau khususnya ingatlah kembali apa yang berlaku pada PRU 12 tahun 2008…!

Hentikanlah segera mainan politik kotor, yang mengutamakan cita cita peribadi dan masih mahukan politik berkabilah…

Apakah penantian sekian lama, dimana sehingga DUN Negeri Sembilan terpaksa bubar dengan sendirinya kerana Najib tidak bubar Parlimen, malah pembubaran Dewan Rakyat juga dibuat pada penghujung waktu. Selanjutnya klik sini

About pisau

2 comments

  1. Alhamdulillah. Hari ni kita bole nampak rata2 melayu dah sedar. Yang tak mahu sedar2 lagi hanya lah mereka yang pekat berserban dan berkopiah putih. Tak berapa kerat pun yang tinggal. Tua2 belaka macam pengganas sulu yang menceroboh Sabah baru2 ni jer.

    Tak percaya cuba lah singgah ke pondok2 gantung bendera Pas ditempat anda. Yang bertugas dalam pondok tu tua2 belaka umur 50 keatas yang pakai kain pelikat, baju telok belanga (baju melayu), berserban dan berkopiah putih. Gantung bendera Pas pun sama, tak nampak anak2 muda.

    Bila Pas kata mereka dapat sokongan daripada orang cina dan india. Saya nak tergelak, geliiiii sangat. Sekali lagi saya minta anda pi lah berkunjung ke pondok gantung bendera Pas. Kalau ada jumpa sorang cina atau india, tolong report balik dalam blog ini.

  2. Satu waktu dulu Pas boleh tipu orang melayu bahawa mereka adalah pejuang islam bila melihat cara pemimpin dan ahli Pas berpakaian .. kain pelikat, baju melayu, jubah, serban dan kopiah putih.

    Tapi hari ini bila Pas sanggup bersahabat dengan DAP kononnya untuk menegakkan pemerintahan islam di negara ini, sanggup menyokong puak kristian menggunakan kalimah Allah kononnya untuk mendekatkan penganut agama lain kepada Allah.

    Walau pun masih berpakaian semacam dulu2 juga, tapi aura islam sudah tidak terpancar lagi pada wajah2 mereka. Kalau tak percaya tanya lah kepada kenalan anda yang tidak menjadi ahli Pas tetapi diam2 menyokong Pas.

    Saya ada ramai kenalan yang bila bercakap masih membela Pas sedangkan saya tahu sangat mereka bukan ahli Pas, itu dulu, tapi hari ini bila ditanya ” macam mana peluang Pas “. Jawabya sepontan ” rosak habis bila Pas besahabat dengan DAP, lintang pukang bila Hadi Awang sokong kristian guna kalimah Allah “.

    Maknanya 2 isu besar itu jelas telah memberikan kesan negatif kepada melayu atas pagar yang selama ini menyokong Pas. Itu juga menjelaskan kepada kita bahawa isu Fatwa Nik Aziz ” Umno Kafir “, ” Sokong Pas Masuk Syurga “, ” Sokong DAP Dapat Pahala ” dan ” Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala ” sedikit pun tidak memberikan input positif kepada Pas.

    Saya meramalkan, andai kata Pas kalah teruk pada PRU13 ini puncanya adalah (1) Pas menerima DAP sebagai sahabat (2) Pas menyokong penganut kristian menggunakan kalimah Allah. Lain2 isu seperti YB Pas ditangkap khalwat dalam koch keretapi, isu video seks Mustafa Ahli, isu pajak tanah 99 tahun kepada wakil rakyat cina DAP Perak, isu air dan lain2 isu adalah merupakan tambah nilai negatif kepada penerimaan orang melayu terhadap perjuangan islam yang dibawa oleh Pas.

    Hari ini orang melayu (Umno dan atas agar) sudah boleh menerima ” jika Umno dikatakan Kafir maka Pas juga kafir sekafir nya Umno kerana bersahabat dengan DAP, malah mungkin Pas lebih kafir daripada Umno bila Pas menyokong kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian sedangkan Umno mempertahankan kalimah Allah “.

    Walau apa pun 5hb Mei 2013 adalah hari yang akan menentukan apakah Pas masih melekat dihati orang melayu seperti sebelum itu atau 5hb Mei 2013 adalah hari dimana orang melayu akan menzahirkan bahasa isyarat kepada Pas bahawa ” Umno buat baik untuk islam lebih daripada yang Pas pernah buat untuk islam “.

    Selamat mengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top