Home / Rencana / Misteri Kewujudan Sungai Mendidih Akhirnya Terbongkar!

Misteri Kewujudan Sungai Mendidih Akhirnya Terbongkar!

500x500xa-legendary-boiling-river-discovered-1-7640-img-1.jpg.pagespeed.ic.8_EOWaAs5G
Seorang ahli geosaintis mendedahkan bahawa cerita mitos mengenai sebatang sungai yang airnya mendidih di tengah-tengah hutan Amazon di Peru merupakan satu fenomena yang benar.
Mail Online melaporkan, Andres Ruzo berkata, beliau mula mende-ngar mengenai cerita sungai yang terletak di Mayantuyacu itu daripada datuknya apabila diceritakan mengenai bagaimana kumpulan penjajah Sepanyol membunuh maharaja terakhir kaum Inca.
mendidih
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan ahli akademik menafikan kewujudan sungai misteri sepanjang lebih enam kilometer itu memandangkan kawasan tersebut jauh dari sebarang aktiviti gunung berapi.
Selepas mendengar cerita ibu saudaranya yang mendakwa pernah ke sana, Ruzo yang ketika itu sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang geofizik nekad untuk menjejaki sungai terbabit.
“Saya bertanya berhubung kewujudan sungai itu kepada rakan-rakan di universiti, kerajaan, minyak, gas dan syarikat perlombongan, jawapan mereka adalah sama iaitu tidak.
“Secara logiknya, memang be­tul kerana sungai seperti itu hanya wujud di kawasan berhampiran gunung berapi. Jika tidak, kita memerlukan satu sumber tenaga yang kuat untuk menghasilkan tenaga geoterma yang besar,” katanya.
Ruzo akhirnya berjaya menemukan sungai yang mempunyai kelebaran 25 meter dan enam meter dalam itu yang menjadi tempat suci masyarakat pribumi yang mendiami kawasan Mayantuyacu, Ashaninka selepas dibawa oleh ibu saudaranya.
“Tangan saya akan melecur jika saya mencelup tangan di dalam sungai itu tidak sampai setengah saat dan jika terjatuh ke dalamnya, saya akan mati.
12725214_192986811061679_117572458_n
“Air sungai itu kelihatan mendidih kerana ia merupakan sebahagian daripada aliran air panas di bumi,” katanya.
Beliau menceritakan pengalamannya menjejaki kewujudan su­ngai berkenaan dalam buku bertajuk ‘The Boiling River: Adventure and Discovery in the Amazon’.
It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

“Rafizi Simpan sedikit kebodohanmu, keegoanmu, keceluparanmu untuk masa pencenmu! ” – Pelajar Di New York Hentam Rafizi .

Saya sangat terkejut dengan Pembohongan dan Pembodohan oleh Rafizi dalam laporan ini ...


Hit Counter provided by Curio cabinets