Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula pembayaran levi tahap dua dan menumpukan perhatian kepada pekerja asing sedia ada.

Sepanjang tempoh penangguhan itu, katanya, semua sektor pekerjaan termasuk industri di negara ini diminta mengambil pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan.

“Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan semasa bagi pekerja asing di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.